Followers

Monday 15 July 2013

MENU IFTAR 5: TUMIS AIR SAWI DAN LOBAK MERAH & PAJERI NANAS




SALAM KE 6 RAMADHAN 

dah 6 hari ramadhan berlalu..pasti akan menggamit rindu..moga akan kembali bertamu

kali ni nak kongsikan menu iftar di hari ke 5 Ramadhan

kali ini masak simple2 sahaja, asalnya masak utk bekal anak ke rumah pengasuh..anak teruna request tumis air sawi n lobak merah dan ayam goreng 

alang2 sayur tu masak lebih cket utk berbuka nanti..

ayam aku suka perapkan banyak2 sekaligus..n simpan dlm fridge..senang kerojerr..hehe

time sahur, panaskan nasi n goreng je ayam perapan tu..


pajeri nanas tu pula pemberian ibu pengasuh haikal dan ain..alhamdulillah..terima kasih makcik

aku mmg suka makan nanas ni..suka sgt2..hehe..x kisah makan mentah atau masak ape sekalipun




dan ini pula ciksomi bawa balik dari masjid..ada lebihan sedikit jd dia bawa balik rumah

nasi putih , ayam masak merah, sayur kacang goreng dan kurma



ini adalah air febret kami sefamily

kami lagi sukakan yang kotak hijau tu..tapi x de stock..beli juga yang ini..

lama x minum soya -kurang gemar sgt sebenarnya..tapi bila minum v-soy ni terus jatuh hati

sedap dan korang pun harus cuba

dan resepi untuk sawi tumis air tadi tu:

bahan2nya:
sawi
lobak merah
bawang merah/bawang besar*tumbuk/potong dadu
bawang putih*tumbuk/potong dadu
lada hitam-optional
garam
gula
serbuk perasa

cara2nya:
1. panaskan minyak, masukkan bahan yang bertanda *tumbuk/potong dadu, sampai naik bau dan kekuningan,
2. masukkan air, biar sehingga mendidih
3. masukkan garam, gula, serbuk perasa
4. masukkan sawi n lobak tadi ..biarkan seketika dan tutup api

mudahkan....anak2 pasti suka


bahan perapan ayam goreng:
kunyit hidup
garam
bawang putih
halia
**blend semua sekali dan gaul pada ayam yang dipotong kecil
perap seketika dan goreng...yummy

resepi pajeri nanas

sumber : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2 
1 biji nenas biasa ~ dikupas & hiris sesuai selera 

3 cawan santan sederhana pekat (tambah lg kalau rasa tak cukup)
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1 biji buah pelaga

3 kuntum bunga cengkih
3 sudu besar rempah kari ikan*

3 sudu besar rempah kari daging* ~ bahan bertanda* dibancuh dengan air jadikan pes
Minyak secukupnya
2 sudu besar gula merah
2 sudu besar kerisik (yang dah siap ditumbuk homemade ye)
Garam secukup rasa
serbuk perasa


Bahan hiris halus
1 inci halia
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih 

(kalau suka boleh tambah 1 sudu besar udang kering direndam & ditumbuk halus ~ MaDiHaA tak letak pun masih sedap juga)

Cara menyediakan

1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan hiris serta kulit kayu
manis & kawan2nya (4 sekawan) sehingga layu & wangi.  Masukkan pes rempah kari dan tumis hingga pecah minyak. Sentiasa kacau supaya rempah tidak hangus.
2. Masukkan kerisik dan kacau supaya rempah tidak melekat pada
periuk.
3. Masukkan santan, garam, perasa serta gula merah. Bila dah mendidih masukkan hirisan nenas. Sentiasa dikacau2 supaya tak membuak.
4. Masak hingga kuah pekat dan naik minyak serta nenas masak.
5. Sedia dihidangkan bersama nasi putih atau nasi berperisa.


selamat mencuba =)


2 comments:

JaSSNaNi said...

assalamualaikum..
sedapnya menu.. paling saya suka pajeri nanas.. nyam nyam.. suka sangattt kalau lagi2 makan dengan ikan masin.. wahhhh terliur ni..

UMMI FARIS & FARAH said...

wassalam =)

alhamdulillah..sy juga suka pajeri nanas..x kisah msk apepun juga mmg suka sgt ngan nanas ni..hihi..sama selera pulak kite ye =)

JOM KLIK SINI...mmuuaahh!!!