Followers

Friday, 22 October 2010

saya yang malas tahap gaban

semenjak pregnant ni..memang malas bebenor nak hapdet blog ni...

bukan x dak citer, nak menaip tu kemain lagi malas...

bukan setakat tu je...malas segala bagai...

masak malas...

basuh baju malas..padahal washing machine yang tolong basuh semua tu..(nak taruk baju dlm tu yg malasnya)

basuh pinggan malas..

siram bunga malas..

lipat baju malas..

nak makan pun malas...

kadang lapar giler baru hegeh2 cari makanan..huh!!

cian baby..

pendek kata..segalanya malas!!

panjang kata...bila lah nak rajin balik...chait!!


Thursday, 14 October 2010

TANDA-TANDA KEMATIAN SESEORANG



100 hari sebelum kematian:
Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

40 hari sebelum kematian:
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

7 hari sebelum kematian:
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.

3 hari sebelum kematian:
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

1 hari sebelum kematian:
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda akhir sebelum kematian:
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Kubur/liang lahat Setiap Hari Menyeru kepada Manusia Sebanyak 5 Kali.
1. Aku rumah yang terpencil, maka akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu sholat malam.
3. Aku rumah yang penuh tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawarnya.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nankir, maka banyaklah bacaan Laa illaa ha illallah, Muhammadur Rasulullah?supaya kamu dapat menjawabnya.

sumber : Tausyiahislamiyyah

Saturday, 9 October 2010

sabtu yang memenatkan...



bagi org yang jenis tahan lasak, kental..otot berketul-ketul kalo baca entry ni akan ckp...eleh...ini pun nak kecoh...kekeke

ala, x kisah lah..nak citer jugak..

pasal apa sabtu yang memenatkan?

sebab....

arini ni kami buat makan-makan...jamu org..ada la dalam 60 org mcm tu la kot...

penat sgt2..sebab semua kena buat sendiri....

makanan...

minuman..

kuih muih..

potong2 buah

hidang2

susun meja kerusi n kemas ape2 yang patut

lps tu abis je makan2...

bab cuci mencuci, basuh membasuh, kemas-mengemas..susun menyusun...

seb baik encik suami yang baik ati tolong jugak part kemas mengemas n cuci mencuci..

kalo x pengsannnnnn.......

ok, itu je...gambar x de, segan btol nak ambik gambar tadi...keke


Friday, 8 October 2010

berbalas uweeeekkkkkk!!!!!

~google~

kejadian selasa lepas..

pagi tu ummi kejut kan haikal..sebelum tu dia menyusu dan sambung tido balik..

bila dah pukul 7.30 pg tu, ummi kejutla dia nak mandi

kan nak p sekolah kan..

zasssssss..cepat je dia bangun..

ummi masuk bilik air...kan ke pagi tu pale ummi memang fenin2 lalat ijau...masuk je bilik air terus meloya..

muntah...keluar angin je awal2 tu...

haikal pun masuk...tengok ummi uweeekkk uweeekkkkk ..

lepas tu haikal pulak uweeekkk...uweekkkkk...

aikk..budak ni..pe kena ni?? morning sickness jugak ke? 

ummi tengok dia uweekkk uweeekkk tu, maka ummi pun ter uwekkkkkk...uwekkkkkkk...dia pulak tgk ummi 

lps tu dia pulak sambung..uweeekkkkk...uweeekkkkkk...

lps tu ummi lagi...

lps tu dia lagi...

dan lagi- lagi...

abah kat luar dah gelak sakan...katanya duk berbalas muntah antara ummi ngan haikal

dekat 10 kali jugak lah ummi ngan haikal duk berbalas muntah pagi tu...sampai kejang rasa perut ummi...nak tergelak pun ada...nak marah pun ada...

ummi muntah keluar angin ngan air je..

haikal lak lebih2 ..keluar abis susu yang dia minum sebelum tu...

kekekekeke

x pasal2 anak teruna ummi ni terjoin sekali dlm bab alahan ni...kehkeh


bila balik dari tadika..

haikal ni kan...balik sekolah je..ummi tanya la..

"haikal belajar ape hari ni?"

"lagu syamat sultan"






"lagi??"


"negara ku"





"lagi??"


"tom and jerry"



"???????????????????"

bila masa pulak tom and jerry masuk category subjek skolah tadika haikal?



JOM KLIK SINI...mmuuaahh!!!