Followers

Showing posts with label FARIS HAIKAL. Show all posts
Showing posts with label FARIS HAIKAL. Show all posts

Wednesday, 18 April 2012

naik bas g skolah

tahun ni haikal dah masuk 5 tahun

nak tak nak memang kena hantar p skool

sebab kat sekolah dia ni kalo nak masuk kena dari 5 tahun lagi

so bila 6 tahun automatically dia dah terdaftar kat situ

tahun ni haikal sekolah kat Tadika Yayasan Islam Terengganu, Caw.Wakaf Tembesu.

sedang menunggu bas sekolah dengan uniform pink karerrr

masa awal2 dulu kami hantar n ambik dia dari sekolah

nak bagi dia biasa dulu ngan keadaan skolah dia tu

masuk bulan Febuari, dia dah start kena p ngan bas skolah


dulu ada geng sama menunggu bas depan rumah ni

skang dak girl cumil tu dah pindah...sob..sob..

haikal sorang2 je lah...


 haikal relax je naik bas n katanya best sgt!

aku je over lebih2...sedih btol masa awal2 dia start naik bas tu

 nak makan tak lalu, asyik duk pikir..boleh ke dia bawa diri?

bila haikal bgtau dia suka n seronok naik bas, baru lah lega ati ni

pukul 1 t/hari baru sampai rumah...sian anak ummi...




haikal yang happy




Friday, 9 December 2011

besday boy

faris haikal dah genap 4 tahun 11 september aritu

ni sambut kat kelas..ujung2 sekolah baru sambut

ye la, nak sambut kat rumah x de kanak2 ribena pulak



muka besday boy yang masyam

dia marah aku nak snap gambar nya

lilin ada dua je...aci la kann..dari takde

yang penting kek tu aku buat sendiri

terbaik dari dapur! muahahaha




tak plan nak sambut pun

tu yg jadi cam ni

kelam kibut !

tgk lah tahun depan..kot2 terajin nak buat party yg over2...wah!!!

hahaha






Monday, 19 September 2011

gila stickers

biar gambar yang bercerita





segala mak nenek stickers ada kat situ..


Thursday, 4 August 2011

haikal ber 1 ramadhan dengan chicken pox



skang ni aku duk risau ngan ain zahra...

org kata chicken pox ni berjangkit...huhuhuhu

sedikit info yg ku copy paste dari sini


Kat sini saya ada search sikit pasal Chicken Pox ni.

  1. Virus chicken pox boleh berjangkit melalui udara apabila pesakit bersin atau batuk, sentuhan ke atas bintik merah yang telah pecah dan juga melalui pakaian yang pesakit.
  2. Virus chicken pox kekal aktif dan boleh berjangkit kepada orang lain walaupun sewaktu terapung diudara dan dimana-mana permukaan selama 2 jam.
  3. Virus demam campak mula berjangkit kepada orang lain 4 hari lebih awal sebelum pesakit pertama mula mengalami gejala chicken pox atau 4 hari selepas ruam muncul.
  4. Virus ini juga mengambil masa antara 7 ke 14 hari untuk membiak didalam badan yang telah dijangkiti sebelum ruam muncul. Tempoh pembiakan ni dipanggil sebagai tempoh inkubasi
  5. Sebenarnya agak sukar untuk mengenali gejala jangkitan awal chicken pox ni sebab gejala awal yang muncul ialah batuk, selsema dan sakit mata sebab sebagai ibu bapa biasanya kita akan menganggap anak kita terkena selsema atau demam biasa. Tapi bagi kes anak saya pula, tak ada batuk, demam dan sakit mata pun. Tiba-tiba saja dah keluar bintik-bintik merah yang pada mulanya kami sangka adalah ruam biasa.
  6. Penyakit ini boleh menjadi antara wabak yang serius dan boleh membunuh di negara yang mengalami bencana alam dan peperangan kerana kebanyakan penduduk akan bersesak di kem perlindungan dan tidak dapat menerima rawatan yang mencukupi (hmm… tiba-tiba saja teringat kepada mangsa gempa bumi di Padang, Indonesia. Tapi bila teringat bab emosional tak bertempat sesetengah rakyatnya… hhmmmm…)
Antara cara merawat demam campak pula ialah :
  • Rawatan dan ubatan dari klinik. Untuk mengurangkan gatal doktor biasanya akan bagi ubat sapu. Tapi untuk kes demam campak yang baru nak menjadi – contohnya ruam dan bintik-bintik merah baru keluar 4 ke 10 biji, anda boleh segera ke klinik dan dapatkan anti viral. Anti viral ini boleh membantu mematikan virus di dalam badan yang telah dijangkiti. Tapi kalau ruam dah keluar banyak, anti viral ni dah tak boleh membantu lagi
  • Untuk rawatan kaedah tradisional, boleh mandikan anak dengan daun semambu. Caranya ramas daun ni dalam sebaldi air dan mandikan seperti biasa. Daun semambu juga boleh digunakan untuk melapik tilam anak yang terkena demam campak dan juga boleh di tumbuk halus dan disapu ke seluruh badan. Biasanya kaum India yang banyak tanam pokok semambu ni kat rumah dan juga di kuil mereka. Daun semambu juga dikenali dengan nama daun Neem (pernah nampak ubat gigi neem? ha.. gambar kat kotak ubat gigi tu lah daun semambu :) )
  • Teringat pesan orang-orang tua, elakkan mereka yang kena chicken pox dari terkena hujan sebab takut parutnya jadi berlekuk dan hitam.

Monday, 9 May 2011

ANAK MAHER ZAIN

satu petang....

aku: faris haikal ni anak sape ye? anak abah ke ummi?

haikal: anak maher zain

aku: ???????? 



(sejak bila aku kawen ngan maher zain?)


biasanya kalo tanya soklan camtu, dia akan jawab "anak abah ngan ummi la..."


Monday, 31 January 2011

kesian haikal


merajuk pesen baru....

sejak2 nak dapat adik ni makin manja dan kuat rajuknya

jenuh tau nak pujuk..jenis pujuk pokai duit ni yang payah nih

nak pujuk kena beli menan la..hukhuk

arap2 sekejap aje la kan...kalo tak memang botak le jawabnya

dah larik tajuk asal pulak dah!keke

kesian tau...sebab? memang kesian la...

sekarang asyik membeli barang baby aje..

haikal punya dah lama tak bertukar ganti

kalo dulu sebulan sekali mesti ada shopping baju bajan utk haikal...

sgt kesian di situ..hukhukhuk

tunggu abis beli brg2 penting baby la kan..baru leh budget haikal punya 

kang x pasal2 baby tak berbaju keluar nanti..kekeke..

iyolaaa tuuuuuu!!



Friday, 21 January 2011

fanatik maher zain

sape lagi kalo bukan haikal...

memang dia minat giler2 ngan lagu2 maher zain

kecik2 dah pandai...siap menghafal lagi..

kalo naik kereta x pasang lagu maher zain ni memang tak sah..mengamuk sakan la jawabnya..

bile dah pasang menyanyi tak hengatt!!

kalah maher zain..bingit telinga kami tau..hukhuk

naseb baik dia suka lagu2 mcm gini...ada pekdahnya jugak..

kalo minat lagu2 yg ntah pape tu..memang kena luku je la nanti 


maher zain uittt, anak aku minat benor le sama kamu nih...lagu sodap, sora sodap..muka pun leh tahan sodap mata memandang..kekeke..(x psl2 aku yg kena luku nanti)


ni la budak bucuk itew..

pakai bedak atas kepala..nak abis sebotol..

anak sape la ni??kekekeke

Thursday, 20 January 2011

saya sudah tau kenapa

kenapa ape?

ala kisah haikal aritu...agak lapuk sikit disini ye..dah lebih seminggu baru nak jaja kat sini 

kenapa haikal mcm tak hepi dan asyik nangis je bila nak pegi dan balik dari sekolah..

kenape???? hehehe

sebabnya dia tak suka dengan budak satu kelas dengan dia tu..

kenape?? lagik!!

sebabnya dia cakap budak tu suka tampar2 pipi dia..sadis ok! anakku tersangatlah manja2 ubi keledek..

dan lagi satu yang aku rasa mcm nak tampar pipi sendiri bila dengar alasan haikal adalah:...

" budak tu gemuk, besarrrr (sambil mucung2 mulut)..dia ada jugak lagu maher zain!!...waaaa...(nanges)"

huk aloh!! anak aku nih...pasal lagu maher zain boleh masuk sekali ke?


lihatlah perbezaan ketara antara haikal dan kawannya..

bukan budak kat atas tau yang buat haikal...tu aku pun tak tau anak sape..kekeke...

ala kes budak2..biasalah kan...kita dulu pun macam ni jugak

kita ke???? ke aku jeww???kehkeh


nangis jugak bila berebut-rebut nak ambik n pakai selipar masa lepas kelas



okeh..sudah senyum setelah dipaksa...

penyelesaiannya adalah:

minta cikgu tukarkan ke kelas lain walau dapat kelas last sekali asal anakku itew hepi nak p skolah n belajar

utk 4 tahun sahaja ada 3 kelas ok..blom campur 5 ngan 6 tahun lagi..pengsan! mcm2 karenah budak cikgu2 nak kena handle..

aritu haikal duk kelas khadijah (first class)..sekarang duk kelas zainab (3rd class)...

dan aku x kisah mana2 kelas pun dia duduk dan belajar...asalkan dia hepi time belajar dan x nangis2 mcm aritu lagi..runsing jiwa raga bila anak tak hepi nak belajar tau..huhuhu (mak aku dulu mcm ni jugak ke??)hehehe

sekarang sudah settle dan haikal pun sudah manyak2 hepi woooo...

jiwa raga aku pun sudah lega dan berak pun boleh jadi makin lawas...

Wednesday, 19 January 2011

@ rumah nenek haikal


ini memang wajib...walau sudah nak masuk 4 tahun, masih lagi menyusu botol

dan..paling penting nyawa itewww...

bantal bucuk rose merah....

walau teruna sejati, bantal bucuk itu lah yang diusung tanpa ada kemaluan lagi...

ada unsur-unsur romantika di situ ye tuan puan..

kalo tak dak bantal itu atau tertinggal kat umah kami..memang payah nak tido..

dah la berbunga rose merah..besar gabak lagik pulak tu

dah lari dah dari topik asal..@ rumah nenek..muahahaha

okeh2..gambar-gambar kali ni mmg masa duk kat rumah nenek si haikal..tu je..huhu


sepupu haikal...yang baju ijau tu asyraf namanya, sama umur ngan haikal..tapi apsal dia cam besar n tinggi je?

haikal pulak cinonet je..kekeke




yang baju kuning tu adiknya..muda setahun dari asyraf dan haikal..

tengok..adiknya pun lagi besar dari haikal..iskk..iskkk..iskkk

Wednesday, 5 January 2011

nape nampak macam tak suke je??


haikal la...

risau weyh..nape la nampak mcm tak hepi je pegi skool tahun ni

tak macam tahun lepas..xcited terlebih!

hmmm..ini yg merunsingkan ummi n abahnya

masa hantar, masuk je kawasan skool dia..moyok je..n diam x mcm selalu..

bila time balik..

nampak je ummi or abah kat pagar skool masa ambik dia, muka dah cam lain..

pastu nangis..

bila tanya..dia x reti nak jawab/ bgtau mcm mana

bukan bergaduh ke apa..hmmmm

sedih kot berpisah ngan ummi n abah dia..kekeke

harap2 lepas2 ni akan ok baik mcm dulu jugak le

kalo terus-terusan nangis, takkan nak berenti kan pulak

syg la..dah byr mahal2 (wahh..hahaha..mahal ke?)...bukan berkira tau!haha...

nnti next week nak tanya cikgu n principal dia la..

nak tau ttg perkembangan dia

**tapi dia ada bgtau yg cikgu dilla/ cikgu peberet dia dh x ngajar dia tahun ni..ke sebab tu ek??**


ni gambar tahun lepas..tahun ni blom snap lagi..kemalasan pulak..

Friday, 9 July 2010

MANYAK SONGEH


ini budak kecik kan..banyak songeh btol la skang..bila ummi ckp mcm ni, dia ckp macam tu..org lain punya ckp semua tak btol..

tengok tu..mkn pun nak suap sendiri, last2 habis muka comot..anak sape la ni??

ekcelli, gambar atas ni dah lama..x dek gambar baru , mls la nak ber snap bagai skang ni.

umo faris haikal skang 2 tahun 10 bln..tak lama dah nak besday dia..

"abah! kek edible image (ben 10) 1 ya!!"


Monday, 12 October 2009

HAIKAL

JOM KLIK SINI...mmuuaahh!!!