Followers

Monday, 7 May 2012

lepak petang di kompleks sukan gong badak



salam

mcm chipsmore pulak rasanya

kejap timbul, kejap tenggelam

maklumlah, nak cari mood menaip ni kemain susah

bila ada mood, bz kan benda lain pulak


kali ni nak tepek citer lepak di petang hari..ngeeee

selalu ptg2 kami suka bawa anak2 pusing2 n jalan2 sekitar k.trg

paling suka pegi pantai

tapi sejak beberapa bulan lepas, suka pulak lepak2 di kompleks sukan negeri

kat mana lagi kalo tak stadium runtuh tu..

best lepak sini! petang2 mmg ramai org dtg sini

ramai yg jogging n bawa anak2 bersiar2




cik somi ku sedang panaskan badan utk acara jogging keliling tasik nanti

haikal siap bawak beskal

ain zahra lepak je dlm stroller

aku sibuk jadi mamarazi


 cun pulak gambar2 yang aku ambik kat sini

macam guna DSLR pun ada..haha (poyo!)

ye lah, aku kan ada camera cikai je..ni je lah yang aku duk usung ke sana kemari

x semestinya camera murah camni x menghasilkan gambar yang menarik

kena pandai2lah kan

kalo pencahayaan cukup,n pandai pulak setting tang situ sini mmg dapat gambar setanding kualiti DSLR la kan

 ehh..melalut pulak..!

maklumlah..blom kesampaian lagi hajat di ati nak beli DSLR..

aritu menabung, cket lagi nak cukup dah aku pulak meroyan g beli benda lain

fadan muke ko bedah!



mak cik kecik yang tembam

lengan berketui2 cam roti john

mmg jadi mangsa kena geget2 ngan kami mak cik ni


aritu ada sorang makcik kat area rumah aku ni cakap

nak tahu berapa ramai anak kita akan datang kira ketul2 kat lengan anak

aku kira2 ain punya lengan ada 4 ketul

makcik tu ckp aku ada 4 org anak..ngeehh..ngehh..

aku tak percaya pun, hanya berserah pada yang maha kuasa

kalo ada rezeki, adalah kan..


zoom dari jauh cik somi jogging keliling tasik

haikal jadi peneman ..larat pulak budak kurus ni kayuh basikal keliling tasik tu

agak besar n luas jugak tasik ni, aku pulak risau duk tunggu diorang

bukan apa, takut pulak nanti cik somi yang terpaksa kayuh basikal haikal n haikal pulak bonceng kat belakang

boleh bayangkan tak?

hahahaha

apa2 pun, alhamdulillah, anak ummi mmg kuat!

lps jogging n lepak sini, kami balik rumah

mandikan anak2 n bersihkan diri utk solat

tgk2 haikal dah pengsan

kesian....letih sangat agaknya..hehehe




Thursday, 19 April 2012

berkelah di lata belatan

ni cerita yang terperam lama

cuti CNY aritu kami balik kampung kat Besut

family kitorang dah plan awal2 lagi nak berkelah kat Lata Belatan

awal2 pagi dlm kul 6.30 kitorang mula gerak ke sana

bukan pe, kalo kat sana tu bila cuti umum/hujung minggu mmg akan penuh

kalo pegi awal2 takdelah nak berebut tempat bagai kan

sampai2 je, budak2 lah paling happy

terus terjun main air...menggigil dow!

mlmnya tu demam...ngeh ngeh
 

aktiviti kami selain mandi manda ialah makan2

BBQ ayam yang dah siap diperap dari rumah

10 ekor ayam..licin!

dan ada juga nasi goreng cina

keropok

air oren kut..lupa lak!

 makan2..pastu mandi2..


tgk tu! mmg best sgt!

tapi aku tak dapat nak mandi sama ..wuwuwuw!


haikal yang main air skejap je..isk! x gentleman langsung anak bujang ku...

takut nak main air

yang sebelah dia tu cousin haikal, hajar namanya

dak hajar time ni tgh gigil sampai bergoyang kepala lutut..haha

sejuk lah tu main air lama2...


haikal lah jadi penyelamat...memanaskan hajar...duk dekat2 mcm pakwe makwe


orang lain duk bersorak gumbira,

makcik kecik ni sedap membuta

aku lah yang jadi mangsa

nak landing kat mana kalo bukan diriba

wahh..siap pantun bagai dow!

ni faktor utama aku x dapat main air

lama lak tu makcik kecik ni membuta

dah tu pulak dia ni mmg x leh pegi ngan org lain 

kalo tak aku, abah dia je lah...

penyumbang utama aku sakit2 badan tahun ni


skodeng balik haikal kat tepi sinun

aikkk!! buat hape tu! makin lomentiks lak diorang ni

nak kena babap ni!

ngeh, ngeh!
eii..seronok kemain dia ...hihihi


ni aktiviti cik somi ku ngan yang lain2

kitorang pegi sini dalam 40 org

yang ramainya budak2 lah..anak2 sedara kami ramai 


 tgk tu..semua pakat nak main slide...pastu menjerit kuat

pastu bersorak

syok!

memang best!




Wednesday, 18 April 2012

naik bas g skolah

tahun ni haikal dah masuk 5 tahun

nak tak nak memang kena hantar p skool

sebab kat sekolah dia ni kalo nak masuk kena dari 5 tahun lagi

so bila 6 tahun automatically dia dah terdaftar kat situ

tahun ni haikal sekolah kat Tadika Yayasan Islam Terengganu, Caw.Wakaf Tembesu.

sedang menunggu bas sekolah dengan uniform pink karerrr

masa awal2 dulu kami hantar n ambik dia dari sekolah

nak bagi dia biasa dulu ngan keadaan skolah dia tu

masuk bulan Febuari, dia dah start kena p ngan bas skolah


dulu ada geng sama menunggu bas depan rumah ni

skang dak girl cumil tu dah pindah...sob..sob..

haikal sorang2 je lah...


 haikal relax je naik bas n katanya best sgt!

aku je over lebih2...sedih btol masa awal2 dia start naik bas tu

 nak makan tak lalu, asyik duk pikir..boleh ke dia bawa diri?

bila haikal bgtau dia suka n seronok naik bas, baru lah lega ati ni

pukul 1 t/hari baru sampai rumah...sian anak ummi...




haikal yang happy




Tuesday, 17 April 2012

bukti saya lebih gagah!

 nampak tak!! 


mcm biasa, posing dulu bila nampak ummi nak snap

dari kerusi saya kini beralih ke babycot plak

ni pun jenis berat jugak..sebab babycot ni agak besar dari yang biasa tu

recycle abang haikal punya dulu je ni..


time ni saya tengah gigih nak tolak tarik babycot ni

dah lah rumah ni sempit, tolak sana, tolak sini

ke situ jugak sampainya


 
ummi saya dah naik pening nak layan pe'el terbaik saya nih

ummi dah surrender awal2 

saya manyak suka hati

boleh lah saya sepah2 lagi!

muahahahaha



JOM KLIK SINI...mmuuaahh!!!