Followers

Friday 30 September 2011

POKOK SEMALU PUN TAHU MALU



Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya 

mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu 

mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang 

sedikit marah. Rasulullah dengantenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu

 itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para 

wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.



PERTAMA, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu 

mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).




KEDUA, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu 

mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.




KETIGA, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna 

wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.




Dan akhir sekali yang KEEMPAT, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, 

para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.





Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.



Thursday 29 September 2011

JAWATAN KOSONG

Thursday 22 September 2011

ain zahra 3 bulan setengah


20hb sept 2011- check up ain zahra utk 4 bulan

apalah misi ni bg tarikh ain blom btol2 cukup 4 bulan tau

x syuke...x syuke!

masa pegi tu ain berumur 3 bulan setengah

juz timbang berat shj

dah 7.2kg dah budak debab ni

kalo 4 bulan nanti rasanya dapatlah 7.5kg kot

masa nak timbang tadi, misi mengucap panjang tgk bdn dak debab ni..

siap mcm x percaya lg ain zahra br 3 bln setengah

berkat susu cap gantung! hehehe

Wednesday 21 September 2011

mangkuk/periuk vision

gambar google ye

dah lama tau mengidam mangkuk/periuk cam kat atas ni

mahal btol kan..(mahal bg aku yang bergaji ciput)

kalo dapat join kutu pun best gak

tapi tak tau nak join celah mana plak

thn lepas cik somi ada pegi pengkalan kubur..murah je katanya kat sana

berbanding harga biasa di sini la kan

dan , aritu masa di langkawi mmg murah jugak regenya

tapi x larat nak pikul bawa balik

duk bawa perut yang sarat je time tu

huhuhu


Tuesday 20 September 2011

PUDING ROTI BERSOS KASTAD YUMMYYY!


aku dah buat sebanyak 4 kali dah

permintaan tinggi dr cik somi

lemak2 berkrim katanya..kehkehkeh

resepi ni aku copy dari sorang blogger gak..tapi lupa lak sape..huuhu

resepi penuh adalah di bawah;

Bahan-bahan :
500 ml Susu segar 
8 keping Roti gardenia
* 4 sudu besar Gula halus -ikut manis
* susu pekat 2 sudu
* 4 sudu besar Butter 
* 2 biji Telur 
* 1 sudu tea Esen vanilla 
* 1 sudu besar Tepung Jagung 
2 sudu besar Kismis

Cara-cara 
1.Susun roti dalam loyang dan rendam dengan susu selama 30 minit. 
2.Gaul rata bahan-bahan bertanda * dan masukkan kedalam loyang. 
3.Taburkan kismis diatas adunan tadi. 
4.Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak.

sos kastard:
susu cair 1/2 tin
tepung kastad 1sudu besq
gula ikut manis

cara -cara:
campur semua kacaul hingga sebati atas api perlahan

Monday 19 September 2011

implanon

ya..sy guna kaedah ni

dulu telan pil

dengan implanon dah tak payah nak ingat pil dah telan ke blom

sebelum masukkan implan, kami posing jap..

masa ni ain zahra 60 hari

bulan posa ni tau..rasanya ari ke 3 berpuasa

kalo nak pakai implanon ni, mesti selepas 60 hari bersalin (sekurang2nya) n belum bersama dengan suami lagi

ni contohnya

time doc nak cucuk masuk tu, dia soh aku pandang dinding..

takut aku gerun la kot

ye la..besar gabak kalo nak dibandingkan dengan jarum suntikan biasa tu


proses memsaukkan lebih kurang mcm atas ni

sebelum masukkan implanon tu, nurse/ doc akan cucuk ubat bius dulu

kasi kebas n x rasa sakit time cucuk implanon nanti

lepas dah masuk implan tu, doc balut cket tempat cucuk tu n tak boleh buka sehingga 24jam

nak bersama suami pun kena tunggu 24jam jugak

jgn ko ngada2 balik terus tutttt

adeh...

opsss!! ni utk bacaan mak2 budak je ok..



selepas balutan dibuka, mcm ni la rupanya kat lengan 

implan tu duk bwh kulit lengan je

dan bila sentuh kat situ mmg akan rasa cam ada lidi kat situ

insyaallah..selamat utk 3 tahun

dan ada check up juga

sebulan selepas..pastu setahun sekali

kalo nak pregnant, silalah jumpa doc n buang implan tu dulu..hehehe

rm380 je aku buat kat klinik nur sejahtera

kalo klinik swasta maunya rm500++

seb baik nurse kat KK masa g check up ain zahra bgtau

kalo tak, hangus rm500++

benda adalah sama shj..x de beza dari segi kualiti or apa

cuma di klinik nur sejahtera ni kerajaan bg subsidi..sebab tu dapat murah..

eh..mcm2 boleh buat kat sana

iucd pun ada..murah cket..tapi aku gerunnnnnnn!!!







gila stickers

biar gambar yang bercerita





segala mak nenek stickers ada kat situ..


Sunday 18 September 2011

ain zahra 3 bulan


masa 21 /08/ 2011 aritu..aku pegi KK check up ain zahra 3 bln

berat: 6.6kg sudah...

patut lah rasa cam nak patah lengan aku...

still fully bf

19/9/2011 nanti check up 4 bulan..bape kilo agaknya ye?


Saturday 17 September 2011

safi rania gold

akibat terpengaruh dengan rakan2 blogger, 

keteringinan utk memiliki akhirnya tercapai jugak

yang best nya tu cik somi yang blanja..kehkeh..ke aku yang mengikis?

mmg aku terpengaruh giler baca entry ke best an diorang duk guna safi rania gold ni

asalnya nak beli serum je..skali cik somi ckp ambik je lah satu pek tu..(mata kelip2)

so, aku pun ambiklah pek siang


ada serum, toner n cleanser 

gambar tidak mencerminkan apa yang aku beli..hehehe




selepas memakainya selama seminggu..cik somi prasan muka ku makin ok (comey ler tu..kakakaka!)

tapi still x secomey cik ta kita ni lagi..

**best guna safi rania gold..kulit jadi sekata n x kusam cam dulu..tu baru seminggu pakai..kalo sebulan? setahun? 10 tahun? (melampau dah ni)...kalah cik ta nampak gayanya!



Friday 16 September 2011

nasi arab

adalah cik somi sy yang masakkan

pandai kan?...kekeke

seriously, sgt sedap!! area umah aku ada jugak kedai nasi arab..tapi yang cik somi jugak yang melekat kat hati

1st time dia buat masa lagi 5 hari nak raya (menu iftar)

mula2 ngan ayam..pergghhh!!

pastu dapat permintaan tinggi dari bini ..esoknya trus buat kambing....2 kali perrghhhhhh!!!!

ni la..walaupun nampak simple n biasa2 je..tapi perrgghhhh lgi skali

dekat lagi....yeahhhh..

alamak..rindu jugak kat kuih akok tu..akok warisan ..time bazar ramadhan depan umah ni je jumpe gamaknya..sbb tak pnh jumpe lak kat pasar2 mlm stakat ni..


kasi rapatttt..lagi...kekeke

yang itam tu hati kambing..cik somi suka, sy bolehlah..tapi daging kambing n nasinya sy terlebih suka..hahaha



Thursday 15 September 2011

milo sedap!!

sedap utk tekak aku je la..

org lain aku tak tau

kalo nak tau, sila try sendirik ye


bukan milo aku..milo google =)


bahan2 utama:

1. milo



2. susu pekat manis


3. susu cair


4. air panas & air masak

cara-cara:

berapa byk nak taruk pandai2lah sendiri

tapi sumpah sedap bila letak susu cair sekali..

**sekali lagi- tekak aku yang sumpah sedap tu**





baju raya ain zahra

utk ain zahra semuanya ku beli online

ada lagi 2 pasang x tau aku save kat celah mana..huhu

bukan nak menunjuk ye...sekadar utk dijadikan kenangan abadi..


ni pun beli online..ingatkan besar baju ni..bila pakai muat2 pula


ni plak seller silap bagi size..aku mintak 6m, dia poskan 9m

x pe lah..boleh pakai raya aji nanti



yang ni romper tu mmg tak kan pakai punya la..ain cepat panas..x leh pakai baju berlapis2 n berlengan


suka aku tgk ain pakai bj ni =)



ni pun suka

ni juga..romper taruk tepi dulu..duk diam2


**sekali lagi..bukan nak menunjuk ye....utk kenangan je ni..maklumlah baru dapoat gegirl ni keterujaan tu terlebih cket**




Wednesday 14 September 2011

setelah sekian lama

sekian lama memerapkan diri..baru terdetik nak hapdet blog ni

huhuhu

punya la malasssss n komitmen bertambah setelah kembali bekerja

hihihi

masih syawal kan?

daku nak ucapkan selamat ari raya n maaf zahir dan batin..

tahun ni rumah tertutup

kuih raya sebalang pun tadak

balangnya pun aku dok perap dlm lemari dr thn lepas tak kuar2 lagi dah

kot2 tahun depan dia nak kuar ke manalah tau kan?hehehe

layan gambo raya yg x seberapa


kami beraya di kampung

raya pertama ain zahra

debab ummi!

kesimpulannya: raya tahun ni x meriah sgt lah...tak tau nape...

adakah faktor usia yang semakin meningkat?

kekekekke...

tua2 pun masih layak dapat duet raya ok!







JOM KLIK SINI...mmuuaahh!!!