Followers

Wednesday 25 May 2011

baru 1cm

penangan terlalu rajin semalam

arini dah mula sakit2..hehe

check kat klinik baru bukak 1cm

huuu...tunggu dulu lah..tak mo serah diri awal2 sgt kat spital

Sunday 22 May 2011

sgt tak suke hokay!!

dengan sarat begini

aku memang tak kuasa nak buat hape2 keje lagi

aktiviti memasak pun cik somi yang buat..

nak mengemas lagilah...jgn harap!

semua aku serah bulat2 kat cik somi

errr...actually, dia yang beria2 nak tolong buat semua tu

tak kan aku nak menolak pulak kan..

skang nih, mmg byk lepak je

mulai esok aku dah stat ambik cuti

tak kose nak pegi keje dah..memang tak larat sgt2

tapi!!

aku sgt hangin!!!

bila disaat aku begini lah ada pulak orang nak menumpang rumah aku!

tak de la lama..sehari dua je..

yang tak bestnya diorang ni bukan jenis suka nak tolong skali masak ke ape ke.. 

lagi nak menyusahkan adalah (pengalaman sebelum ni)

memanglah sedara sendiri

tapi jenis yang nak menumpang ni jenis yang busy body

kalo aku masak tak sedap, kena kutuk...tapi kat belakang2 lah

kalo rumah tak kemas n cantik cam istana...pun kena jugak lagi!

kalo adik beradik sendiri aku tak kesah ko nak kata hape

ini...paham2 ajelah...

mcm lah diorang tu msk sedap gilos

mcm lah rumah diorang tu cantik bersih da vassss!!

huh!!





Friday 20 May 2011

masih belum beranak lagi

senyap bukan bermakna telur yang dieram sudah meletupss

hari2 duk mengeram

hari2 dalam debaran

walau ni anak ke 2...tapi debaran menunggu tu lebih dari nak timang anak pertama

cik somi lagi la...

nak pegi memana pun tak syok

hati tak keruan

kot2 bini dia ni tetiba kol sakit perut

kejap2 tgk handset katanya

aishh..boleh tak khusyuk solat kalo mcm ni

kekekeke

aku pulak..

skang asyik lah memulas2 perut ni..

ingatkan nak beranak..rupa2nya nak melabur

sakit lebih kurang cam ni yang buat kami lagi berdebar2

huhuhu

moga2 selamat semuanya

insyaallah..amin...




Monday 16 May 2011

SELAMAT HARI GURU


(dedikasi kepada semua guru)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.


Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.


Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.


Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
menjadi kenangan keakhir hayat

USMAN AWANG
1979

Saturday 14 May 2011

berkesan tak MAB ni?


nak tanya korang bg yang pernah makan Maajun Anggun Bestari ni...

berkesan tak ye utk perancangan keluarga??

ingatnye nak try la...tapi takut2 jugak..

tak pasal2 nanti terlekat lagi...kekeke


sebelum ni selama 3 tahun lebih aku makan pil perancang kat atas ni

mmg berkesan, tapi kena sentiasa ingat la waktu mknnya...

kalo terbabas mmg abes la kan





Thursday 12 May 2011

bini no.4 salleh yaacob


comeyy kan???

pandai pulak pak cik salleh ni cari bini....baru umo 24thn ni...

untung badan pak cik oiii....



sumber:

Wednesday 11 May 2011

hepi!!



sebab??

aku berjaya jugak menggoda cik somi utk bersedondon ngan warna yang aku duk berkenan utk raya taun ni..

berkenan gile weyhhh....dari tahun lepas lagi duk kenan ngan kaler ni

purple anggur itam (haa..leh bayang x camano tuh?)

peach kaler yang aku war2 kan aritu--------cancel!!

walaupun dah beli kain2nya....

dan lagi sadis yang cik somi punya dah siap semalam

bila try kat badan dia...mmg dia sendiri rasa cam tak hepi...hihi..boleh tak?

tula...awal2 tak nak dengar cakap bini..keke

nanti dia nak jual balik baju melayu peach dia tu..hehe

kalo tak, pakai time p ceramah / kelas quran / mana2 majlis lah kan...tak de ruginya pun kan?

lalala...hati sikalang manyak hepi..

dan sudah boleh belanak dengan senang ati looo...

motip???? 

ntah....****




hadiah utk mak & mil sempena raya nanti

sempena raya tau!! aku kena pikir awal2 ni...

kang terlari budget susah pulak nanti

dengan nak beranak lagi...

kekekeke


bukan utk mak & mil je, ayah & pil pun skali lah jugak..

tak tau la nak bagi ape lagi.......(selain duit raya)

biasanya utk mak & mil aku bagi kain pasang utk dibuat baju

tak pun kasut /sandal & peralatan dapur (pinggan mangkuk)

aku ingat tahun ni nak beli jubah2 yang readymade tapi...takut tak muat pulak..

ye lah, dua2 rendang dan size badan mmg bukan size kedai....kekeke..ampun!!!!


ker handbag??

aku duk tengok dlm lemari mak aku tu dah bersepah2 handbag...kang aku bagi jugak, tak terpakai pulak 

nanti..tak pasal2 aku pulak kecik ati..kehkeh...bole tak?


perfume??

mak dan mil aku ni orang kampung yang tak tahu sangat nak menilai erti perfume yang mahal2...

kot2 lah nanti terkeluar "ni je???"...huhuhu

kang saje je jugak nanti..


nak kasi pe ek? ada cadangan bernas tak??

jgn ko cadang nak kasi dslr ke, komputer bagai udah ler...kehkehkeh

tak pasal2 kena cepuk nanti











Monday 9 May 2011

ANAK MAHER ZAIN

satu petang....

aku: faris haikal ni anak sape ye? anak abah ke ummi?

haikal: anak maher zain

aku: ???????? 



(sejak bila aku kawen ngan maher zain?)


biasanya kalo tanya soklan camtu, dia akan jawab "anak abah ngan ummi la..."


dapat ini sempena hari2 daku

kekeke...

nape tajuknye mcm tu???

senang cite weyh..apa2 hari yang melibat diri aku dlm tahun ni...hadiahnya adalah barangan di bawah

cik somi cakap tak kuasa nak beli lelebih...

jadi, hadiah2 kat bawah ni utk hari2 seperti:

1. hari ibu

2. hari sempena beranak baby baru nanti

3. hari lahir

4. hari raya

5. hari ulangtahun perkahwinan

huhuhuhu...jimat bukan?...bijak laki aku!


~aku google~


walau tak secanggih BB / iPhone tu...tapi aku suke tau!

sebab 1 : - nokia 

sebab ke 2 : - aku hanya pakai hp hanya utk sms dan call shj...

jadi segala mcm function yang ada aku jarang sgt buka / explore




~aku google~


dapat monitor LCD acer nih

baru luas pemandangan mata aku...

sejak pakai monitor ni, cik lappy seperti dianak tirikan..huhuhu..kesian!

tapi aku masih sygkan cik lappy aku...terlalu byk jasanya pada aku..walau kekadang suka2 buat aku naik 

darah...


itu sajalah gamaknya kot tahun ni...hehehe...

syukur alhamdulillah...walau tak byk dan tak mahal, tapi aku sookaaa...

nak mengidam DSLR la pulak pasni...kot2 dapat utk hari2 aku tahun 2012 pulak kan...kekekeke

dan..hadiah daripada aku utk cik somi adalah........

teeettttttttt....
.
.
.
.
.
.


kasih sayang semata - mata!!

ini lagi mahal tau!

hehehe







Sunday 8 May 2011

tolong!! tolong!!!

nak mintak tolong pada sesapa yang terror n tahu..

lama dah nak tanya, tapi lupe lak kekdahnya

tadi sempat printscreen benda2 alah yang menjadi mslh pada aku

memula tengok gambar bawah ni...

apekah masalah keluar camtu ye??

kenape jadi mcm tu??

mcm mana nak buang tu??

lagi satu...
.
.
.
.
aku baru buat blog utk contest & GA 

tapi bila nak letak url dlm bloglist(ummi faris haikal) ni jadi masalah cam ni pulak..



camane nak buat ye??

aku mls nak godek2 sebab aku memang buta bebenor bab cam ni ...huhuu

silalah bantu daku ini....



Nak Tahu x Kenapa perempuan mudah menangis?


Di bawah ini hanyalah sebagai pengetahuan kepada anda sekalian untuk mengetahui kenapa perempuan 
mudah menangis.

Supaya bagi mereka-mereka yang lelaki tahu, kenapa teman wanita mereka terlalu mudah untuk mengalirkan
 air mata sekiranya berlaku sesuatu dalam perhubungan.     


Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, "Ibu, mengapa ibu menangis?" 
  
Ibunya menjawab, "Sebab ibu adalah perempuan, nak." 
  
"Saya tidak mengerti ibu," kata si anak.   

Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. 

"Nak, kau memang tak akan mengerti"     



Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya.
 
"Ayah, mengapa ibu menangis?"   

"Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas," sang ayah menjawab.   

"Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan."     



Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? 

Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, 


"Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?" 

Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar jawapannya: 


  
"Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama.   

Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, 

walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur. 



  "Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, 

walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.  



 "Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah
 putus asa.   



"Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat,
 
tanpa berkeluh kesah.  



"Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan 

dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan 

memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan
 
memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.     



"Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung 

baginya. Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..?   



"Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan 

bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu 

akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan 

saling menyayangi.   


"Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada

 wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana 

sebenarnya air mata ini adalah "air mata kehidupan."  


"SELAMAT HARI IBU"


Thursday 5 May 2011

alhamdulillah....

alhamdulillah...syukur sgt2..

semalam lepas jumpa pakar dan re-scan balik kandungan..doctor cakap semua ok =)

normal dan terkawal..kekeke

lega rasanya tau...ye lah, tak lena tido mlm smlm duk pikir semua ni...

belum tiba masanya baby dalam perut ni nak keluar...hehehe

takut jugak kan...kena bersalin paksa (induce) kalo air ketuban kurang

duk baca daripada pengalaman org lain mcm sakit je kan kalo kena induce tu..huhu

pakar check tadi dia kata air ketuban ok, maybe semlm penghasilannya kurang time doctor klinik ibu & anak (gomen) scan...huhu..pakar ckp maybe time baby x kencing lagi...???

ooowhh...aku paham apa yang pakar bgtau tadi, tapi x reti pulak nak xplain kat sini camane...kekeke

ape2 pun aku nak ucapkan terima kasih banyak2 pada semua yang sudi komen entry semalam dengan pelbagai nasihat dan kata2 semangat...lebiuuuuuu!!!!

bila kita baca pengalaman org lain, kurang2 kita bleh get ready pape yang patut kannn....espcially dari segi mental dan fizikal

**yang lawaknya masa nak ke hospital tadi, berbeg2 aku hangkut sekali...ye lah, kot2 tersangkut kat ward kan..kekeke**





Tuesday 3 May 2011

KURANG AIR KETUBAN

tadi pegi check up kat klinik

dah 36w++ dah...dah layak utk bersalin..keke

dah lah lama gile duk klinik...dari pukul 7.45 pagi - 3.15ptg baru settle

punya lah ramai ummat manusia yang pregnant skang ni...huhuhu

sah2 lah penuh labour room time aku nak beranak nanti

huhu..minta di jauhkan


~ini baby google~

tadi doctor scan baby...semua ok, tapi kekurangan air ketuban

dan patutnya kena admit ward ptg ni...tapi aku ckp kat doctor kalo tak masuk ward x pe ke?

then, doctor suh aku p jumpe ngan pakar O&G esok..utk re-scan n sahkan yang aku kekurangan air ketuban

huhuhu...risau la pulak..dah lah esok ada agenda lain..penting jugak tu!



~ini baby google~

risau la kan....kot2 ada masalah pada baby ke...pada aku ke...

doa2kan yang terbaik dan mintak2 selamat semuanya...insyaAllah...


JOM KLIK SINI...mmuuaahh!!!