Followers

Thursday 19 April 2012

berkelah di lata belatan

ni cerita yang terperam lama

cuti CNY aritu kami balik kampung kat Besut

family kitorang dah plan awal2 lagi nak berkelah kat Lata Belatan

awal2 pagi dlm kul 6.30 kitorang mula gerak ke sana

bukan pe, kalo kat sana tu bila cuti umum/hujung minggu mmg akan penuh

kalo pegi awal2 takdelah nak berebut tempat bagai kan

sampai2 je, budak2 lah paling happy

terus terjun main air...menggigil dow!

mlmnya tu demam...ngeh ngeh
 

aktiviti kami selain mandi manda ialah makan2

BBQ ayam yang dah siap diperap dari rumah

10 ekor ayam..licin!

dan ada juga nasi goreng cina

keropok

air oren kut..lupa lak!

 makan2..pastu mandi2..


tgk tu! mmg best sgt!

tapi aku tak dapat nak mandi sama ..wuwuwuw!


haikal yang main air skejap je..isk! x gentleman langsung anak bujang ku...

takut nak main air

yang sebelah dia tu cousin haikal, hajar namanya

dak hajar time ni tgh gigil sampai bergoyang kepala lutut..haha

sejuk lah tu main air lama2...


haikal lah jadi penyelamat...memanaskan hajar...duk dekat2 mcm pakwe makwe


orang lain duk bersorak gumbira,

makcik kecik ni sedap membuta

aku lah yang jadi mangsa

nak landing kat mana kalo bukan diriba

wahh..siap pantun bagai dow!

ni faktor utama aku x dapat main air

lama lak tu makcik kecik ni membuta

dah tu pulak dia ni mmg x leh pegi ngan org lain 

kalo tak aku, abah dia je lah...

penyumbang utama aku sakit2 badan tahun ni


skodeng balik haikal kat tepi sinun

aikkk!! buat hape tu! makin lomentiks lak diorang ni

nak kena babap ni!

ngeh, ngeh!
eii..seronok kemain dia ...hihihi


ni aktiviti cik somi ku ngan yang lain2

kitorang pegi sini dalam 40 org

yang ramainya budak2 lah..anak2 sedara kami ramai 


 tgk tu..semua pakat nak main slide...pastu menjerit kuat

pastu bersorak

syok!

memang best!




Wednesday 18 April 2012

naik bas g skolah

tahun ni haikal dah masuk 5 tahun

nak tak nak memang kena hantar p skool

sebab kat sekolah dia ni kalo nak masuk kena dari 5 tahun lagi

so bila 6 tahun automatically dia dah terdaftar kat situ

tahun ni haikal sekolah kat Tadika Yayasan Islam Terengganu, Caw.Wakaf Tembesu.

sedang menunggu bas sekolah dengan uniform pink karerrr

masa awal2 dulu kami hantar n ambik dia dari sekolah

nak bagi dia biasa dulu ngan keadaan skolah dia tu

masuk bulan Febuari, dia dah start kena p ngan bas skolah


dulu ada geng sama menunggu bas depan rumah ni

skang dak girl cumil tu dah pindah...sob..sob..

haikal sorang2 je lah...


 haikal relax je naik bas n katanya best sgt!

aku je over lebih2...sedih btol masa awal2 dia start naik bas tu

 nak makan tak lalu, asyik duk pikir..boleh ke dia bawa diri?

bila haikal bgtau dia suka n seronok naik bas, baru lah lega ati ni

pukul 1 t/hari baru sampai rumah...sian anak ummi...




haikal yang happy




Tuesday 17 April 2012

bukti saya lebih gagah!

 nampak tak!! 


mcm biasa, posing dulu bila nampak ummi nak snap

dari kerusi saya kini beralih ke babycot plak

ni pun jenis berat jugak..sebab babycot ni agak besar dari yang biasa tu

recycle abang haikal punya dulu je ni..


time ni saya tengah gigih nak tolak tarik babycot ni

dah lah rumah ni sempit, tolak sana, tolak sini

ke situ jugak sampainya


 
ummi saya dah naik pening nak layan pe'el terbaik saya nih

ummi dah surrender awal2 

saya manyak suka hati

boleh lah saya sepah2 lagi!

muahahahaha



aktiviti mak cik kecik



 dari umur 8 bulan lagi makcik kecik ni dah rajin bangun bertatih

tapi kena pegang kat mana2 la kan ..kerusi ke, meja ke, tepi2 dinding ke

 mula2 tu biasa2 je..

bila masuk 10 bulan ni, kemain lagi dia 

makin maju!

abis semua barang dalam rumah ni dia kerjakan




ni, bila dia tgk ummi dia nak snap, terus stop jap, posing!

ni kategori tolak semua kerusi makan

dahla kerusi makan ni berat giler

abis 6 buah kerusi dia duk tolak dlm rumah

hihi...silau flash kamera

 okeh, bergerak utk proses seterusnya...




Friday 13 April 2012

ustajah ain

salam pagi jumaat semua

di pagi jumaat yang mulia ni, mak cik kecik nak bagi tazkirah cket ye


   
 

sebenarnya, pakai tudung tu tak wajib ye...tapi yang wajibnya adalah tutup aurat

kalo x nak tutup aurat kepala / rambut / leher n dada dengan tudung x de hal pun sebenarnya..boleh je pakai karung guni ke, selimut ke n mcm2 lagi..asalkan aurat tertutup

makcik ain petik kata2 dari Ustaz Azhar Idrus (makcik ada tambah gak lah cket2)

jangan tiru mcm makcik hokey!

makcik tertiru dato' siti plak ...isk..sik...




nanti makcik belajar tutup betul2 ya



wahh..besarnya tangan makcik kecik....


Thursday 12 April 2012

bulan 2 & 3 bulan penuh dugaan dan ujian

 salam semua

lama betul tak hapdet blog ni, 2 bln lebih kot

konon2 masuk tahun 2012 nak rajinkan diri utk hapdet sentiasa

tapi x dapek dik non

malas tu memang di tangga teratas lah

yang lainnya adalah disebabkan beberapa dugaan n ujian yg menimpa kami sekeluarga

awal febuari aritu, cik somi mengadu sakit kepala sgt2..

seminggu jugak dia duk sakit kepala (sakit tahap x leh nak wat keje ape, seminggu cuti keje)

dah try berubat mcm2 cara..klinik dah, check mata dah, berbekam dah, refleksologi pun dah..

tapi still sakit lagi..sedih bini dia tgk suami duk sakit kepala..mcm2 dah duk pikir dlm kepala ni



lastly, aku tegaskan kat cik somi suh pi check kat spital pakar (kat trg ni KTS)

check punya check, rupanya cik somi alami sinus tahap kronik

sampai bernanah dlm sinun (dlm rongga atas hidung dekat ngan kepala n otak)

sebab tu lah cik somi sakit kepala yang sgt2 teruk kata doktor pakar ENT (ear, nose n throat)


 

nasib baik di KTS ni parkingnya ok lagi...kalo HSNZ nun, tak tau lah camane aku nak gagahkan diri bersama ngan anak2 

aku uruskan semua ni sendiri...dari suami n anak2

sebab mak pak kami semua duk kat kampung

diorang datang melawat n balik hari jugak

aku pun tak nak susahkan sesiapa..lagi pun diorang dah berumur

 penat memang lah penat sgt2

kdg2 rasa hilang kaki dan tangan sbb semua dah kebas n lenguh

hanya semangat je masih kuat masa tu....

hampir seminggu jugak cik somi duk dlm ward...aku x leh stay sana sebab dgn anak kecik ni mcm2 hal aku nak kena uruskan

nak hangkut brg2 naik atas pun rasa x terdaya, ye la dengan makcik kecik yang asyik nak bertenggek di pinggang kiri aku, ngan brg2 pesanan cik somi n lagi sadis kalo anak bujang wat hal

tapi tetiap hari aku pegi jenguk cik somi ngan anak2

lps cik somi dah leh kuar ward, kami pun balik la ke rumah (nak ke mana lagi, kan?)

4 hari di rumah cik somi demam pulak...demam yang asyik loya2 n muntah2

4 hari satu habuk makanan x leh masuk mulut n perut dia, asal masuk je muntah 

satu hari lebih 10 kali muntah

mula2 ingatkan x sesuai dengan ubat yang dibekalkan sebelum ni

aku yang baru nak tarik napas lega..kembali semput..malah lagi semput time ni nak bandingkan dengan yang sebelum ni

org laki2 ni, kena berkeras cket bila ajak ke hospital...diorang takut nak pegi hospital..padahal x de apa pun kan...

tiap2 ari aku ngajak cik somi p hospital balik...

tak habis2 dia cakap, tunggu tgk dlm sejam dua lagi, kalo ok x yah pegi, kalo x ok jugak baru pegi

yang herannya dlm sejam dua tu dia mmg ok, tapi bila start tgh mlm ke atas..time tu mmg btol2 tak ok!

bila dia x dpt tido, dgn aku2 skalilah x dapat nak tido..

kesian sgt...tak kan nak biar dia duk sakit sorang2...huhu...(sedih!)

bila dah masuk ari ke 4, aku paksa dia p spital n dia dgn rela ati jugak nak pegi..

sampai spital, doc ambik darah bagai nak check apa mslh cik somi sebenarnya

tunggu punya tunggu, result pun kuar dan sah!!

DENGGI !!

masa tu aku hanya mampu istighfar saja...redha dengan ujian yang Allah bagi

kali ni cik somi kena tahan seminggu jugak...

rutin aku jugak kembali mcm sebelum ni, tapi kali ni alhamdulillah ada anak saudara aku yang cuti mid sem poli kebetulan dtg rumah aku (sebenarnya dia nak singgah je, tapi bila tgk keadaan kami camni, seminggu dia jadi pembantu aku)

lepas btol2 genap seminggu cik somi discharge utk kali ke 2,

kami di uji lagi




anak sulung ku Faris Haikal pula admitted ward

mula2 demam biasa...lps tu demam panas n x leh makan n asyik muntah2

satu hari duk muntah n perut kosong

dah la haikal ni kurus kering (mmg jenis yang payah nak makan nasi)

kesian aku tengok dia masa tu....sayu ati ibu ni tgk anak dah tahap lembikn flat badan dia

mlm tu aku n cik somi bawa haikal ke KTS jugak,

ingatnya nak check darah (nak confirmkan kot2 terkena denggi jugak ke)

bila doktor pakar kanak2 check tgk suhu n keadaan dia time tu, terus kena admit

bila result darah kuar, doktor ckp x de pape...lega bebas denggi!

masa mula duk dlm ward tu, doktor ckp kalo haikal demam biasa , maybe 1 @ 2 ari dah boleh balik

bila sampai ari yang ke 3, demam haikal kejap ok, kejap panas sgt sampai menggigil n bergegar katil (menangis aku tgk anak sampai cam tu skali)

dan, doktor cakap anak aku ni bukan demam biasa ni..katanya kalo demam biasa bila masuk air n ubat bagai tu akan ok dlm 2-3 ari

tapi temp haikal setiap hari kejap turun, kejap naik balik...x stabil

n doktor syak anak aku kena INFLUENZA B!

abis lemah longlai lutut aku time tu

kesian anak sekecil haikal dapat penyakit tu!

lama aku duk soal siasat doktor , ye lah ati ni dah tak keruan 

daripada duk pikir yang bukan2, lebih baik aku tanya mcm2 kat doktor

alhamdulillah, doktor ckp x perlu risau..skang dah ada vaksin

so, doktor tahan balik haikal utk 3 ari lagi 

tgk berkesan tak vaksin yang diberikan tu

syukur tak terhingga sbb haikal makin menunjukkan perkembangan yang baik

dah boleh discharge

Alhamdulillah....


masa haikal kat ward, kami mmg berkampung kat sana lah..dengan makcik kecik ni lagi..

nasib baik x meragam budak kecik ni

kali ni leh lah berkampung dlm bilik tu sbb bab angkut mengagkut brg2 n beli makanan dah balik kepada cik somi

aku duk ngendeng makcik kecik ni je

sampai bila haikal dah leh balik, seminggu makcik kecik ni tak mau duduk..nak melekap dengan aku je

penangan kat ward, celik mata ada ummi, duk kot celah2 mana pun ada ummi..huhuhu

last2..aku yang sakit abis seluruh badan sampai x leh nak tido 5 mlm

mata ngantuk, tapi x leh lelap..minta ubat tido kat doktor x dpt sbb aku bf makcik kecik

akhirnya mengurut satu badan

makan ubat (bukan jamu) yang makcik tukang urut jual

katanya peranakan aku bengkak

llps tu, alhamdulillah...syukur dah dpt tido

sesungguhnya Allah turunkan penyakit sebagai penghapus dosa

dan aku redha dengan apa yang telah aku lalui baru2 ni..

syukur alhamdulillah...

 

JOM KLIK SINI...mmuuaahh!!!