Followers

Thursday, 11 July 2013

MENU IFTAR 1 : LALA MASAK LEMAK CILI PADI


bila dah start masuk bulan pose ni mmg best..sbb tahap kerajinan aku memuncak bila puasa

mcm2 idea nak masak itu ini..kalo time pose ganti aritu pun aku rajin masak itu ini..tp bila x pose kerajinan tu lenyap..

tapi kadang2 ada jugak malasnya..terpaksa p PARAM..hehe

lagipun PARAM tu depan rumah je..pilihlah apa yg nak dimakan..sediakan duit je..kalo x abes 30-40 hengget mmg x sah..tgk benda x de byk mane pun..

ok, panjang lak membebelnya..ni menu iftar aku..hukhuk..aku je lah sebab cik somi berbuka di masjid atenyee..bkn x sudi dia nk berbuka bersama..tapi dia bertugas utk solat maghrib , isya' n tarawikh..kesian pulak terkejar2 walau rumah dekat..kalo aku masak siapnya awal, bolehlah bekalkan dia sket..kalo tak..dia balik makan lps tarawikh karang lah..

MENU IFTAR 1 (2013): LALA MASAK LEMAK CILI PADI


tu yang paling utama lah, yang jadi peneman lala tu sambal melethopp mertua dan ikan pekasam goreng, cukuplah utk aku n anak2 makan waktu berbuka, masak over2 kang x abes lak..huhu



resepinya...huhu..mcm x layak je nak bagi resepi sebab aku main agak2 je letak itu ini..kikiki..aku suka bereksperimen ngan makanan ni..letak itu ini sesuka hati asal cukup segala rasa..

Bahan-bahannya:

lala

santan
kunyit hidup *
bawang merah *

Beberapa biji cili padi - ikut citarasa kepedasan masing2 *
2 batang serai - dititik/diketuk
Beberapa helai daun limau purut
asam keping
Garam, gula secukup rasa

Cara membuatnya:


  1. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar di dalam periuk bersama santan.  Masukkan asam keping, serai dan daun limau purut dan masak sehingga mendidih.
  2. Seterusnya masukkan lala.  Perasakan dengan  garam, gula secukup rasa.  Kacau rata dan masak sehinggga mendidih sekali lagi.
  3. Tutup api dan boleh dihidang 



menu keseluruhan semalam..air sirap bandung sebagai penghilang dahaga



kurma dan kek coklat lembap sebagai pemanis


harini nak masak ape pulak ye? 
konon2 nak buat popia sira pedas..sambil letak kat gerai kawan yg meniaga..dr bulan lepas lagi kawan duk ajak meniaga..minta letak kek coklatlah, snow cheese cake la..lauk itu ini...manalah aku sempat nak buat semua tu..huhu..

pernah jugak aku suarakan pada ibu mertua n kak long kakak iparku tentang perancangan kawan tadi tu..diorang menggalakkan..siap bagi cadangan suruh meniaga itu ini..masalahnya den ni malu..alahaiiii..mak mertua cakap, mula2 je malu..lps tu x de malu2 lagi dah..aku memang suka berniaga tp blom pernah jual makanan bagai ni..barangan kraf pernah jugak buka booth..mmg best! tapi mesti lain kan..

mertua n suami galakkan aku buat pulut panggang..ambik warisan daripada mak mertua yg mmg mabeles pulut panggangnya..inshaaAllah..mudah-mudahan, boleh buat pulut panggang frozen n penghantaran seluruh negara nanti..kekeke..masuk dlm list impian menggunung!haha





2 comments:

Rizziela said...

kek coklat tu Nampak sangat sedap

UMMI FARIS HAIKAL said...

terima kasih..alhamdulillah

JOM KLIK SINI...mmuuaahh!!!