Followers

Friday 30 September 2011

POKOK SEMALU PUN TAHU MALU



Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya 

mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu 

mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang 

sedikit marah. Rasulullah dengantenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu

 itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para 

wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.



PERTAMA, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu 

mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).




KEDUA, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu 

mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.




KETIGA, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna 

wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.




Dan akhir sekali yang KEEMPAT, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, 

para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.





Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.



0 comments:

JOM KLIK SINI...mmuuaahh!!!