Followers

Friday 30 December 2011

menu aritu

aku ni tak lah pandai sgt bab masak2 ni

tp kalo setakat nk mkn isi perut kami anak beranak tu bleh lah

kdg2 byk main campak2 je bhn2 nya

antara menu yg pnh aku masak ( time aku rajin snap la kan)...kalo tak confirm bykkkkk lagi..hua hua hua

kari ikan 


ikan msk tiga rasa...ke berasa-rasa?...kiki


sayur msk kicap


sawi goreng 


ayam goreng cha-cha...


nnti kalo aku rajin snap2, aku tepek lg


Thursday 29 December 2011

dah hilang meroyan


yeay!!...dah tak meroyan lagi dah..

lama tak hapdet blog gara2 meroyankan ombak rindu..hahaha

tak de lah..biasalah aku ni..time rajin datang, dlm sehari 2-3 entry aku karang

bila time malas / x de mood nak hapdet, 2-3 minggu aku berhibernasi

tu psl blog aku ni uv nya leh kira ngan jari tangan je..kalo jari kaki termasuk skali jugak kira dah ramai gila lah yg jenguk sini




budak bucuk ni kan..time aku duk layan ombak rindu jugak tu lah dia menyibuk nak itu nak ini

nak suh goreng crabstick la..

nak susu la..

nak air milo la

nak cuci tangan la..

nak kencing kentut semua la..

pastu siap duk bebel2 depan muka aku 

mmg x leh nak concentrate kalo dia tak tido

nak tunggu dia tido..kul 12mlm la jawabnya

time tu aku pun dah join tido skali

tak sempat tau aku nak feeling2 beringus

kotak tisu kat sebelah tak terusik pun 

cehh..bersiap siaga lah kononnya..dah tu aku duk baca post org len kat fb masing pakat duk meraung dlm panggung layan movie ni..aku apa lagi...takut lenjun baju, awal2 lagi siapkan tisu sekotak..tapi..huk aloh!! jimat tisu aku ..kehkehkeh






Sunday 25 December 2011

jom vote for ain zahra

~entry melekat sehingga 25/12/11~

aishhhh...malu sebenornye nak meraih undi cenggini

tapi melihatkan hadiah yang ditawarkan cam besttt je, tebalkan muka 8 inch pun x kisah..haha

ehh..jom like my baby !

One "Stylo" Baby Contest

by



Contestant: #81
farah ain zahra

cara-caranya:



jasa2 kalian amatlah dihargai


kalo menang mana2 hadiah,(kalolah kan...huuhu..) akan ku buat cabutan bertuah utk voters sekalian..

lehlah kongsi2 =) (bajet menang bagai..hahaha)

yang vote tu..thnx eh!

lap u

Wednesday 14 December 2011

ombak rindu!!





muka meroyan x dpt tgk!

mana nak cekau panggung kt sini..

tunggu kat astro first je la..



Friday 9 December 2011

ain zahra & munchkin food feeder

beli dulu sebab terpengaruh ngn erin pink heart..keke

n my bucuk sgt sukekannya

selalu letak apple yg di stim dlm tu

bersungguh2 ain zahra menikmati

meh tgk aksi yg sempat disnap

(apsal aku rasa cam skema lak ayat2 atas ni??)








besday boy

faris haikal dah genap 4 tahun 11 september aritu

ni sambut kat kelas..ujung2 sekolah baru sambut

ye la, nak sambut kat rumah x de kanak2 ribena pulak



muka besday boy yang masyam

dia marah aku nak snap gambar nya

lilin ada dua je...aci la kann..dari takde

yang penting kek tu aku buat sendiri

terbaik dari dapur! muahahaha




tak plan nak sambut pun

tu yg jadi cam ni

kelam kibut !

tgk lah tahun depan..kot2 terajin nak buat party yg over2...wah!!!

hahaha






Friday 25 November 2011

koleksi tupperware




**credit to umi liya**

merah menyala!! shantek kannnn!!

mampu tengok n jeling2 je dulu

teringin tu mmg teringin sgt2

huhuhu

tak pe lah, kalo ada rezeki akan dapat gak nanti kan (cehh..ayat pujuk ati sendiri)







Thursday 24 November 2011

si bam bam

fully bf

aku tgk pun geram nak geget2 tau! haha




farah ain zahra 5bln ++

sedapnye....


ni lah bekalan bila balik dari kampung

keliling umah mertuaku penuh ngan pokok buah dan sayur-sayuran

tgklah hasil kat atas..ni yang terpilih shj tau..(maknanya yg kami pilih nak mkn)

takkan nak hangkot semua kan..tamak haloba plak..

paling aku suka manggis tu!

manisssss sgt!!

(ok, ini cerita lama yg aku br hegeh2 apdet)


Wednesday 23 November 2011

banjir di setiu


PENDUDUK Kampung Tasek, Setiu terpaksa menggunakan jentolak yang disediakan Majlis Daerah Setiu untuk keluar ke jalan besar bagi membeli barang keperluan harian di Bandar Permaisuri apabila banjir mula melanda kampung tersebut. - Foto Aswadi Alias


**best gak naik kete besor cam gini kan..teringat zaman banjir besar melanda terengganu tahun 2000 dulu, mmg org g office naik jentolak nilah..**

impian tercapai..thnx abang cyg!!

aku pernah post entry pasal duk mengidam ngan periuk vision kan..

syukur impian tu dah tercapai

dan yang penting duitku x luak sesen pun..ahaks!!

aritu ingat nak menabung lah sikit2 kan..sekali cik somi ku telah terbaikkan hatinya beli semua ni..

lebih dari impian pulak tu..kikiki

dia beli kat pengkalan kubor, kelantan

memang murah lah sgt2..berbaloi2


mangkuk vision..ngeh ngeh 


lagi sekali tayang...


kukusan (periuk utk mengukus)

ni cik somi beli sbb dia ckp aku sgt2 rajin duk buat kuih skang ni..yg lama tu dah tahap nak bocor akibat kerajinan melampau aku

tu la aku pun pelik gak, sjak lps bersalinkan ain zahra ni, rajin sungguh buat kuih..mcm2 ada tp tak sempat nak tayang lg..nnti kalo mood sudah mari aku kasi upload wokeh..

tapi syg, ada gak kuih2/ kek yg aku buat aku tak snap gambor..huhu

kes x thn gelora napsu makan..haha



ni pinggan ..

okeh, aku tau semua kenal ni pinggan..keke..saja mau kasi taruk sini jugak..bukan menunjuk aaaa...


non stick pan

padahal dh ada seketul kt umah..ade ke dia ckp, " x pelah, yang lama tu ummi punya , yang ni abah punya" huk aloh! haha


free gift 

kat sini lah cik somi shoping sakan

ekceli, dia bersama rombongan pejabat p beli brg2 katering diorang, tu yg terbeli jugak sekali brg2 kat atas td

best2...
syukur alhamdulillah


Tuesday 22 November 2011

zizie ezette dah jadi datin



tu diaa..tu diaaaaa


tapi kulit dia cantikkan?? ehehehe



Wednesday 9 November 2011

LAGU SPONGEBOB SQUAREPANTS!! VERSi KELATE NGN KEDAH



 LAGU SPONGEBOB SQUAREPANTS!! VERSi KELATE NGN KEDAH 

Klate

Ready dok budok-budok?
Ho laa, kepten!
Gapo dio? HO LAA, KEPTEN!
ooo,
Podio dok dale buoh lanah bowoh laut?
Spongebob Sluar kotok!
Sene meresap bewarno kuning.
Spongebob Sluar kotok!
Kalu demo suko bendo laut hok ngarut.
Spongebob Sluar kotok!
Pah mari la pakat nopat supo ike.
Spongebob Sluar Kotok! Ready?
Sponge............bob Sluar Kkotok,(3x)
Spongebobbb Sluar kotok



Kedah

Hampa redi dah ka weii??
Haa kapten,
Apadia?Tak dengaq nie!!
Haaa la kapten..
Ohhhh...
Sapa hat dok dalam nanaih wah laut?
"Spanbob Seluaq Petak"
Belubang,meghesap paihtu wana kunin
"Spanbob Seluaq Petak"
Kalau hampa suka benda laut hat ngarut
"Spanbob seluaq Petak"
Mai la sini teghejun cam ikan temenung
"Spanbob seluaq Petak"
REDi?
Spanbob seluaq Petak
Spanbob seluaq Petak
Spanbob seluaq Petak
Spanbob...seluaq Petak!


Monday 7 November 2011

salam aidiladha

moo moo ni aku br buat tadi..kekeke...

sebagai perantara kami sekeluarga ngan anda2 semua


Friday 4 November 2011

anugerah skrin 2011


kesimpulannya: 

x best!!!




Mereka semua telah pun berhijrah....kita???



1. Bob Lokman - bekas pelakon, pelawak, komposer

2. Ustaz akhil hayy - bekas penyanyi rock (80-an)
'D Riyadh'

3. Megat - bekas penyanyi kumpulan ACAB

4. Azmeer Mustafa - bekas pelakon filem 'ali setan'

5. Ustaz Radzi - bekas penyanyi rock 'Melissa'

6. Iwan Syahman - bekas penyanyi dangdut

7. Izam - bekas vocalis kumpulan E.Y.E

8. Sham kamikaze - bekas gitaris kumpulan 'kamikaze'

9. Mel - bekas penyanyi kumpulan 'Wings'



Friday 28 October 2011

MASA YANG SESUAI UNTUK MINUM AIR.



MASA YANG SESUAI UNTUK MINUM AIR.



Minum dua gelas air masak - SELEPAS BANGUN TIDUR. Ianya membantu mengaktifkan organ dalaman.




Minum segelas air masak - 30 MINIT SEBELUM MAKAN. Ianya membantu penghadaman dan membuatkan perut lebih bersedia memberi ruang untuk kemasukan makanan.




Minum segelas air masak - SEBELUM MANDI. Ianya membantu pengaliran darah dan mengurangkan tekanan darah.




Minum segelas air masak - SEBELUM TIDUR. Ianya dapat mengelakkan terkena strok dan serangan jantung ketika tidur..

Friday 30 September 2011

POKOK SEMALU PUN TAHU MALU



Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya 

mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu 

mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang 

sedikit marah. Rasulullah dengantenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu

 itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para 

wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.



PERTAMA, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu 

mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).




KEDUA, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu 

mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.




KETIGA, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna 

wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.




Dan akhir sekali yang KEEMPAT, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, 

para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.





Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.



Thursday 29 September 2011

JAWATAN KOSONG

Thursday 22 September 2011

ain zahra 3 bulan setengah


20hb sept 2011- check up ain zahra utk 4 bulan

apalah misi ni bg tarikh ain blom btol2 cukup 4 bulan tau

x syuke...x syuke!

masa pegi tu ain berumur 3 bulan setengah

juz timbang berat shj

dah 7.2kg dah budak debab ni

kalo 4 bulan nanti rasanya dapatlah 7.5kg kot

masa nak timbang tadi, misi mengucap panjang tgk bdn dak debab ni..

siap mcm x percaya lg ain zahra br 3 bln setengah

berkat susu cap gantung! hehehe

Wednesday 21 September 2011

mangkuk/periuk vision

gambar google ye

dah lama tau mengidam mangkuk/periuk cam kat atas ni

mahal btol kan..(mahal bg aku yang bergaji ciput)

kalo dapat join kutu pun best gak

tapi tak tau nak join celah mana plak

thn lepas cik somi ada pegi pengkalan kubur..murah je katanya kat sana

berbanding harga biasa di sini la kan

dan , aritu masa di langkawi mmg murah jugak regenya

tapi x larat nak pikul bawa balik

duk bawa perut yang sarat je time tu

huhuhu


Tuesday 20 September 2011

PUDING ROTI BERSOS KASTAD YUMMYYY!


aku dah buat sebanyak 4 kali dah

permintaan tinggi dr cik somi

lemak2 berkrim katanya..kehkehkeh

resepi ni aku copy dari sorang blogger gak..tapi lupa lak sape..huuhu

resepi penuh adalah di bawah;

Bahan-bahan :
500 ml Susu segar 
8 keping Roti gardenia
* 4 sudu besar Gula halus -ikut manis
* susu pekat 2 sudu
* 4 sudu besar Butter 
* 2 biji Telur 
* 1 sudu tea Esen vanilla 
* 1 sudu besar Tepung Jagung 
2 sudu besar Kismis

Cara-cara 
1.Susun roti dalam loyang dan rendam dengan susu selama 30 minit. 
2.Gaul rata bahan-bahan bertanda * dan masukkan kedalam loyang. 
3.Taburkan kismis diatas adunan tadi. 
4.Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak.

sos kastard:
susu cair 1/2 tin
tepung kastad 1sudu besq
gula ikut manis

cara -cara:
campur semua kacaul hingga sebati atas api perlahan

Monday 19 September 2011

implanon

ya..sy guna kaedah ni

dulu telan pil

dengan implanon dah tak payah nak ingat pil dah telan ke blom

sebelum masukkan implan, kami posing jap..

masa ni ain zahra 60 hari

bulan posa ni tau..rasanya ari ke 3 berpuasa

kalo nak pakai implanon ni, mesti selepas 60 hari bersalin (sekurang2nya) n belum bersama dengan suami lagi

ni contohnya

time doc nak cucuk masuk tu, dia soh aku pandang dinding..

takut aku gerun la kot

ye la..besar gabak kalo nak dibandingkan dengan jarum suntikan biasa tu


proses memsaukkan lebih kurang mcm atas ni

sebelum masukkan implanon tu, nurse/ doc akan cucuk ubat bius dulu

kasi kebas n x rasa sakit time cucuk implanon nanti

lepas dah masuk implan tu, doc balut cket tempat cucuk tu n tak boleh buka sehingga 24jam

nak bersama suami pun kena tunggu 24jam jugak

jgn ko ngada2 balik terus tutttt

adeh...

opsss!! ni utk bacaan mak2 budak je ok..



selepas balutan dibuka, mcm ni la rupanya kat lengan 

implan tu duk bwh kulit lengan je

dan bila sentuh kat situ mmg akan rasa cam ada lidi kat situ

insyaallah..selamat utk 3 tahun

dan ada check up juga

sebulan selepas..pastu setahun sekali

kalo nak pregnant, silalah jumpa doc n buang implan tu dulu..hehehe

rm380 je aku buat kat klinik nur sejahtera

kalo klinik swasta maunya rm500++

seb baik nurse kat KK masa g check up ain zahra bgtau

kalo tak, hangus rm500++

benda adalah sama shj..x de beza dari segi kualiti or apa

cuma di klinik nur sejahtera ni kerajaan bg subsidi..sebab tu dapat murah..

eh..mcm2 boleh buat kat sana

iucd pun ada..murah cket..tapi aku gerunnnnnnn!!!







gila stickers

biar gambar yang bercerita





segala mak nenek stickers ada kat situ..


JOM KLIK SINI...mmuuaahh!!!