Followers

Sunday, 6 July 2014

SALAM RAMADHAN


as-salam

salam Ramadhan al-Mubarak buat semua ummat Islam seluruh dunia

dah 8 hari kita berpuasa kan..alhamdulillah

lama saya x update blog ni..ramadhan bertemu ramadhan..

inshaa Allah jumpe lagi lps ni

Thursday, 18 July 2013

MENU IFTAR 6: BUBUR LAMBUK

AS-SALAM SEMUA

 menu berbuka hari ke 6 adalah BUBUR LAMBUK

bubur lambuk byk versi kan..aku biasa n suka mkn versi mak aku punya ..hehe

biasalah..anak mesti suka makan hasil air tgn ibu kan..

kami punya bubur lambuk x pekat likat tu...cayor je..mcm bubur nasi..dan daun /pucuk midin, pucuk ubi, daun kaduk mesti byk..kami suka yg byk2 daun..

ciksomi duk request bubur lambuk versi mak aku sejak 2 hari lps lagi

dia p beli brg2 tapi lupa nak beli ikan..hukhuk..x dapek nak buat ..tangguh sehingga semalam baru terlaksana

suka dia dapat makan..siap minta aku buat dlm periuk besar gabak..nak agih2kan pada jiran..sama2 berkongsi rezeki di bulan yg mulia ini kan..alhamdulillah..abes licin


makan bubur lambuk taruk sambal cili meletop mertua..mmg x pandang kiri kanan




RESEPI BUBUR LAMBUK:

Bahan-bahan ( utk 10 org ++ makan)
2 pot beras
air secukupnya tuk masak bubur biar sampai kembang
1/2 kilo ikan kembung direbus dan diambil isinye
daging lembu dipotong kecil 
8 ulas bawang merah ditumbuk
2 ulas bawang putih ditumbuk
lada hitam secukupnya ditumbuk - kalo nk pedas letak lebih cket
seinci halia ditumbuk
3 sudu kerisik
sedikit budu(optional)
keropok lekor dipotong2
keropok keping 

Ulam-ulaman
pucuk paku merah(midin), pucuk manis ,ulam raja, daun kaduk, pucuk ubi, daun serai kayu, kangkung
dan lain2 daun lagi aku x berapa nk kenal..huhu

Cara memasak
-masak beras dalam periuk sehingga kembang bersama daging 
-masukkan bahan yang ditumbuk biarkan mereneh
-masukkan kerisik
-kendian masukkan ulam-ulaman..kacau rata
-perasakan dengan garam dan gula agak dah sebati semua dah masak boleh la angkat dan hidangkan.

**nak sedap lagi makan bersama sambal air lada ..aku bantai mak mertua punya sambal tu je..sambal tanpa belacan taw..sllluurrrrrpppppp!! best2


masak dalam periuk besar gabak ini..nampak kecik tapi besar sebenarnya ni..



yeay!! dah ada stock V-soy multi grain ni..sekotak sekali hadap je ni...hukhuk..






Monday, 15 July 2013

MENU IFTAR 5: TUMIS AIR SAWI DAN LOBAK MERAH & PAJERI NANAS




SALAM KE 6 RAMADHAN 

dah 6 hari ramadhan berlalu..pasti akan menggamit rindu..moga akan kembali bertamu

kali ni nak kongsikan menu iftar di hari ke 5 Ramadhan

kali ini masak simple2 sahaja, asalnya masak utk bekal anak ke rumah pengasuh..anak teruna request tumis air sawi n lobak merah dan ayam goreng 

alang2 sayur tu masak lebih cket utk berbuka nanti..

ayam aku suka perapkan banyak2 sekaligus..n simpan dlm fridge..senang kerojerr..hehe

time sahur, panaskan nasi n goreng je ayam perapan tu..


pajeri nanas tu pula pemberian ibu pengasuh haikal dan ain..alhamdulillah..terima kasih makcik

aku mmg suka makan nanas ni..suka sgt2..hehe..x kisah makan mentah atau masak ape sekalipun




dan ini pula ciksomi bawa balik dari masjid..ada lebihan sedikit jd dia bawa balik rumah

nasi putih , ayam masak merah, sayur kacang goreng dan kurma



ini adalah air febret kami sefamily

kami lagi sukakan yang kotak hijau tu..tapi x de stock..beli juga yang ini..

lama x minum soya -kurang gemar sgt sebenarnya..tapi bila minum v-soy ni terus jatuh hati

sedap dan korang pun harus cuba

dan resepi untuk sawi tumis air tadi tu:

bahan2nya:
sawi
lobak merah
bawang merah/bawang besar*tumbuk/potong dadu
bawang putih*tumbuk/potong dadu
lada hitam-optional
garam
gula
serbuk perasa

cara2nya:
1. panaskan minyak, masukkan bahan yang bertanda *tumbuk/potong dadu, sampai naik bau dan kekuningan,
2. masukkan air, biar sehingga mendidih
3. masukkan garam, gula, serbuk perasa
4. masukkan sawi n lobak tadi ..biarkan seketika dan tutup api

mudahkan....anak2 pasti suka


bahan perapan ayam goreng:
kunyit hidup
garam
bawang putih
halia
**blend semua sekali dan gaul pada ayam yang dipotong kecil
perap seketika dan goreng...yummy

resepi pajeri nanas

sumber : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2 
1 biji nenas biasa ~ dikupas & hiris sesuai selera 

3 cawan santan sederhana pekat (tambah lg kalau rasa tak cukup)
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1 biji buah pelaga

3 kuntum bunga cengkih
3 sudu besar rempah kari ikan*

3 sudu besar rempah kari daging* ~ bahan bertanda* dibancuh dengan air jadikan pes
Minyak secukupnya
2 sudu besar gula merah
2 sudu besar kerisik (yang dah siap ditumbuk homemade ye)
Garam secukup rasa
serbuk perasa


Bahan hiris halus
1 inci halia
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih 

(kalau suka boleh tambah 1 sudu besar udang kering direndam & ditumbuk halus ~ MaDiHaA tak letak pun masih sedap juga)

Cara menyediakan

1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan hiris serta kulit kayu
manis & kawan2nya (4 sekawan) sehingga layu & wangi.  Masukkan pes rempah kari dan tumis hingga pecah minyak. Sentiasa kacau supaya rempah tidak hangus.
2. Masukkan kerisik dan kacau supaya rempah tidak melekat pada
periuk.
3. Masukkan santan, garam, perasa serta gula merah. Bila dah mendidih masukkan hirisan nenas. Sentiasa dikacau2 supaya tak membuak.
4. Masak hingga kuah pekat dan naik minyak serta nenas masak.
5. Sedia dihidangkan bersama nasi putih atau nasi berperisa.


selamat mencuba =)


MENU IFTAR 4: LEMANG

sgt suka makan lemang ni..terutama bahagian kepalanya..

ini aku beli tau..bukan buat sendiri

bahagian kepala ni lembik n ada rasa lemak masin sket..tu yg aku suka tu..kikiki

sempat snap lemang je sbb yang lain2 aku x larat nak snap satu2..


biasanya raya je kan jumpe lemang ni..tapi skang ni kalo musim2 biasa pun ramai yang jual lemang

kalo raya pun aku x pernah buat lemang, tapi bapa saudara aku selalu buat n agih2kan pada kami..

walaupun lemang kat atas ni aku beli, tapi aku sertakan juga resepi lemang kat sini utk perkongsian kita bersama..


Bahan2nya
  1. 1 kg beras pulut
  2. 3 biji kelapa (ambil santannya) 2 batang buluh sederhana besar
  3. Garam secukup rasa.

Cara2nya:

  1. Basuh beras pulut dan toskan airnya.
  2. Gulung daun pisang dan masukkan ke dalam buluh mengikut bulatan buluh.
  3. Masukkan beras pulut yang telah ditoskan ke dalam gulungan daun pisang dalam buluh tersebut dan tinggalkan ruang satu atau dua inci. Jangan terlalu penuh.
  4. Masukkan sedikit garam secukup rasa ke dalam santan dan tuangkan ke dalam buluh.
  5. Bakar dengan menggunakan api yang sederhana besar. Setiap 15 minit hendaklah dibalik-balikkan agar masaknya sama rata.
  6. Masak sehingga tiga hingga empat jam sebelum diangkat.
  7. Lemang boleh dimakan pada bila-bila masa.

selamat mencuba





Sunday, 14 July 2013

KADAR ZAKAT FITRAH MENGIKUT NEGERI BAGI TAHUN 1434H / 2013M


KADAR ZAKAT FITRAH MENGIKUT NEGERI BAGI TAHUN 1434H / 2013M

Perlis - RM6.00

Kedah - RM7.00

Pulau Pinang - RM7.00

Perak - RM7.00

Selangor - RM7.00

Negeri Sembilan - RM6.50

Melaka - RM6.50

Johor - RM5.00 / 8.00 *

Pahang - RM7.00

Terengganu - RM4.50 / 7.00 / 7.60*

Kelantan - RM7.00

Sarawak - RM6.50

Sabah - RM7.00

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur / Putrajaya / Labuan - RM7.00

* Pilihan mengikut jenis beras yang dimakan. (Mengikut kemampuan masing-masing)




SAMA KITA TUNAIKAN TANGGUNGJAWAB DAN KEWAJIPAN INI YA KAWAN2




JOM KLIK SINI...mmuuaahh!!!