Followers

Friday, 23 October 2009

MINGGU BER'CHICKEN CHOP'


first time buat black pepper chicken chop ni saya terlebih letak garam..dan rasanya tentulah terlebih masin maaa...huhuhu..
.
tak pe, cuba lagi ..n bila kali kedua saya buat tanpa letak sikit pun garamnya..alhamdulillah..sodappppppp!!!!hubbyku suke sangat n suruh buat lagi..esok..n esok..n esok....
.
hampir seminggu jugak lah hubby nak makan chicken chop hasil air tangan ku ini..hakhakhak....
.

meh kite sume tgk resepinya....cilok kat myresipi.com
.

Bahan-bahan ( 2 orang )

  • *UNTUK DIPERAP*
  • 2 paha ayam (kalo suke, debone kan. kalo malas, biar je tulang nye)
  • 2 ulas bawang putih (cincang)
  • 1 cm halia (cincang)
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos Lee & Perrins
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar kicap masin
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar madu
  • garam secukup rasa
  • *SOS BLACK PEPPER*
  • 1/2 botol sos lada hitam
  • 2-3 sudu besar sos tiram
  • 3-4 cendawan butang (cincang)
  • 1/2 biji bawang besar (cincang)
  • garam/gula secukup rasa

Cara-cara

  1. gaulkan ayam dengan bahan perapan dan biarkan semalaman. Cucuk-cucukkan ayam dengan garfu supaya bahan perapan dpt diserap dengan elok.
  2. selepas diperap semalaman, sediakan non-stick pan untuk tujuan menggoreng ayam. Goreng dengan minyak yg sedikit saja dan tutupkan pan sehingga ayam dah separuh masak.
  3. balik-balikkan ayam sehingga masak (tapi jgn terlalu masak agar ayam tetap juicy).
  4. lebihan bahan perapan tadi boleh la dijadikan sos utk dituangkan ke atas ayam yg dah siap.
  5. tapi kalo rase tak cukup je sos marinate tu, boleh sediakan sos black pepper nya spt yang tertera di atas.
  6. caranya dengan memasak bahan2 sos black pepper selama satu minit dan adjust la kepekatannya dengan menambah sedikit air, garam dan gula secukup rasa.



3 comments:

ct_as said...

bestnye chicken chop..yumm..yumm..

wannur said...

hehehe..mmg best, jimat rasanya masak sendiri drpd order kat kedai..hehehe

efamaira said...

uuiiittt.. aku nmpk pun dh terliur ni weyyyy.. huhu.. mesti shodap tuu.. huhuhu..

p/s : rindu bengat ke mu nih.. tp aku lo ni mls gilo la wey nk updated blog sbb aku bz layan game kat facebook.. ngengengenge...

JOM KLIK SINI...mmuuaahh!!!