Followers

Monday, 7 May 2012

lepak petang di kompleks sukan gong badak



salam

mcm chipsmore pulak rasanya

kejap timbul, kejap tenggelam

maklumlah, nak cari mood menaip ni kemain susah

bila ada mood, bz kan benda lain pulak


kali ni nak tepek citer lepak di petang hari..ngeeee

selalu ptg2 kami suka bawa anak2 pusing2 n jalan2 sekitar k.trg

paling suka pegi pantai

tapi sejak beberapa bulan lepas, suka pulak lepak2 di kompleks sukan negeri

kat mana lagi kalo tak stadium runtuh tu..

best lepak sini! petang2 mmg ramai org dtg sini

ramai yg jogging n bawa anak2 bersiar2




cik somi ku sedang panaskan badan utk acara jogging keliling tasik nanti

haikal siap bawak beskal

ain zahra lepak je dlm stroller

aku sibuk jadi mamarazi


 cun pulak gambar2 yang aku ambik kat sini

macam guna DSLR pun ada..haha (poyo!)

ye lah, aku kan ada camera cikai je..ni je lah yang aku duk usung ke sana kemari

x semestinya camera murah camni x menghasilkan gambar yang menarik

kena pandai2lah kan

kalo pencahayaan cukup,n pandai pulak setting tang situ sini mmg dapat gambar setanding kualiti DSLR la kan

 ehh..melalut pulak..!

maklumlah..blom kesampaian lagi hajat di ati nak beli DSLR..

aritu menabung, cket lagi nak cukup dah aku pulak meroyan g beli benda lain

fadan muke ko bedah!



mak cik kecik yang tembam

lengan berketui2 cam roti john

mmg jadi mangsa kena geget2 ngan kami mak cik ni


aritu ada sorang makcik kat area rumah aku ni cakap

nak tahu berapa ramai anak kita akan datang kira ketul2 kat lengan anak

aku kira2 ain punya lengan ada 4 ketul

makcik tu ckp aku ada 4 org anak..ngeehh..ngehh..

aku tak percaya pun, hanya berserah pada yang maha kuasa

kalo ada rezeki, adalah kan..


zoom dari jauh cik somi jogging keliling tasik

haikal jadi peneman ..larat pulak budak kurus ni kayuh basikal keliling tasik tu

agak besar n luas jugak tasik ni, aku pulak risau duk tunggu diorang

bukan apa, takut pulak nanti cik somi yang terpaksa kayuh basikal haikal n haikal pulak bonceng kat belakang

boleh bayangkan tak?

hahahaha

apa2 pun, alhamdulillah, anak ummi mmg kuat!

lps jogging n lepak sini, kami balik rumah

mandikan anak2 n bersihkan diri utk solat

tgk2 haikal dah pengsan

kesian....letih sangat agaknya..hehehe




JOM KLIK SINI...mmuuaahh!!!