Followers

Thursday 4 August 2011

haikal ber 1 ramadhan dengan chicken pox



skang ni aku duk risau ngan ain zahra...

org kata chicken pox ni berjangkit...huhuhuhu

sedikit info yg ku copy paste dari sini


Kat sini saya ada search sikit pasal Chicken Pox ni.

  1. Virus chicken pox boleh berjangkit melalui udara apabila pesakit bersin atau batuk, sentuhan ke atas bintik merah yang telah pecah dan juga melalui pakaian yang pesakit.
  2. Virus chicken pox kekal aktif dan boleh berjangkit kepada orang lain walaupun sewaktu terapung diudara dan dimana-mana permukaan selama 2 jam.
  3. Virus demam campak mula berjangkit kepada orang lain 4 hari lebih awal sebelum pesakit pertama mula mengalami gejala chicken pox atau 4 hari selepas ruam muncul.
  4. Virus ini juga mengambil masa antara 7 ke 14 hari untuk membiak didalam badan yang telah dijangkiti sebelum ruam muncul. Tempoh pembiakan ni dipanggil sebagai tempoh inkubasi
  5. Sebenarnya agak sukar untuk mengenali gejala jangkitan awal chicken pox ni sebab gejala awal yang muncul ialah batuk, selsema dan sakit mata sebab sebagai ibu bapa biasanya kita akan menganggap anak kita terkena selsema atau demam biasa. Tapi bagi kes anak saya pula, tak ada batuk, demam dan sakit mata pun. Tiba-tiba saja dah keluar bintik-bintik merah yang pada mulanya kami sangka adalah ruam biasa.
  6. Penyakit ini boleh menjadi antara wabak yang serius dan boleh membunuh di negara yang mengalami bencana alam dan peperangan kerana kebanyakan penduduk akan bersesak di kem perlindungan dan tidak dapat menerima rawatan yang mencukupi (hmm… tiba-tiba saja teringat kepada mangsa gempa bumi di Padang, Indonesia. Tapi bila teringat bab emosional tak bertempat sesetengah rakyatnya… hhmmmm…)
Antara cara merawat demam campak pula ialah :
  • Rawatan dan ubatan dari klinik. Untuk mengurangkan gatal doktor biasanya akan bagi ubat sapu. Tapi untuk kes demam campak yang baru nak menjadi – contohnya ruam dan bintik-bintik merah baru keluar 4 ke 10 biji, anda boleh segera ke klinik dan dapatkan anti viral. Anti viral ini boleh membantu mematikan virus di dalam badan yang telah dijangkiti. Tapi kalau ruam dah keluar banyak, anti viral ni dah tak boleh membantu lagi
  • Untuk rawatan kaedah tradisional, boleh mandikan anak dengan daun semambu. Caranya ramas daun ni dalam sebaldi air dan mandikan seperti biasa. Daun semambu juga boleh digunakan untuk melapik tilam anak yang terkena demam campak dan juga boleh di tumbuk halus dan disapu ke seluruh badan. Biasanya kaum India yang banyak tanam pokok semambu ni kat rumah dan juga di kuil mereka. Daun semambu juga dikenali dengan nama daun Neem (pernah nampak ubat gigi neem? ha.. gambar kat kotak ubat gigi tu lah daun semambu :) )
  • Teringat pesan orang-orang tua, elakkan mereka yang kena chicken pox dari terkena hujan sebab takut parutnya jadi berlekuk dan hitam.

0 comments:

JOM KLIK SINI...mmuuaahh!!!