Followers

Thursday, 14 April 2011

cuti-cuti malaysia @ langkawi 1

setelah lama tak bersiaran akibat malas yang amat nak hapdet...

cuti2 malaysia sebelom meletop ke langkawi aritu dah agak basi citernya..kehkeh..

tak pe, nak tepek & story jugak kat sini..

kami bertolak dengan bas persiaran norma travel & tours jam 10 mlm

punyalah lebat hujan turun time tu...aku ngan cik somi dah cam..."haishhh!!risau lak nak jenjalan jauh2 hujan2 camni"

tapi perjalanan tetap diteruskan..target sampai jeti kuala perlis sebelum jam 9 pagi

jam 6 pagi kami sampai kat RnR Gurun, solat subuh dan breakfast jap

lps tu teruskan perjalanan ke kuala perlis...

naik feri jam 10pagi, sampai dlm 1jam kemudian kot...lupa lak!

ini je bag kami..senang..tak byk barang..

org lain duk pakat heret bag tarik, kami punya senang citer..galas je kat belakang...belakang cik somi la

dah plan awal2, x mo bawa bag tarik tu..sat gi kalo haikal nak mendukung payah pulak..

sampai jeti langkawi, bas sedia menunggu...apa lagi, pakat2 naik bas..

destinasi pertama : Warisan Sireh Lagenda

gamat punya tempat

haikal tido tau time ni..huhu..terpaksa la aku duduk kat kerusi je...



banyak bebenor produk yang dihasilkan daripada gamat

kami tak beli banyak pun, beli jeli gamat ngan losyen je 

minyak gamat memang tak beli..kat rumah nun banyak lagi tak terusik..

tengok..dah kejut2 pun tak mo bangun budak ni...maklumlah pestaim tau dia naik bas jalan jauh2 cam ni..letih lah tu..hehehe

lps tu, ke Makam Mahsuri pulak

ingat nak duk luar je tak mo masuk...sekali tu " mmm..masuk je lah...boring jugak duk kat luar ni.."


makam mahsuri



dah besar panjang anak teruna aku ni

telaga mahsuri

belakang tu bendang padi...best je nengok area tu...

mak buyung posing kemain lagi..

ehh..sesat ke bawah pulak gambar ni...

ni air telaga mahsuri tu..RM2 /sebotol

kami tak beli..baik beli mineral water je

rehat2 jap bawah rumah...penat berjalan sebenarnya nih..

kami asyiklah duk mengomel "bila ni nak check in hotel, dah penatlah..itu lah, ini lah..."


penat2 pun sesi bergambar x dilepaskan

okeh..dah naik bas...wahh..syorga duk dlm ekon sat..

haikal sempat rembat topi berkipas tu je kat makam mahsuri...

ingatkan lepas pegi makam mahsuri terus balik hotel..

chaitt!! ke ram's pulak dah...

Ram's ni tempat jual segala mak nenek pinggan mangkuk, curtain dan mcm2 lagi...kami cuci2 mata je..

aku tengok orang lain nampak tu ambik, nampak ni ambik...keke

mcm tak pernah tgk kat tempat sendiri pun ada..hahaha

padahal banyak je kat terengganu ni pun, kelantan lagi lah kan..

harga je la yang berbeza cket..sana murah la jugak..

ada jugak yang kami berkenan, tapi bila memikirkan seksanya nak bawak balik nanti..aihhh..bior je laa...

tak kuasa nak mengangkut nanti..

so, kami pun duk lepak2 kat luar menunggu geng2 yang lain..

muka boring menunggu...lama weyh diorang nih duk membeli


hujan lebat pulak turun time tu...membuatkan mata yang sedia layu menjadi bertambah layu dan layu

settle je kat sini...cepat2 naik bas ke hotel...

dapat bilik je..terus larik cepat2...mandi2...solat dan zzzzzzzzzzzzz









Friday, 8 April 2011

KEDUDUKAN JERAWAT & PUNCA JERAWAT

KEDUDUKAN JERAWAT & PUNCA JERAWAT

DAHI

Haba badan melampau, peredaran darah tidak baik. Minda dan badan, mungkin terlampau letih.Stress Kumpulan ini biasanya panas baran Nasihat : Pupuk tabiat tidur awal, bangun awal. Dapatkan tidur yg cukup dan minum air banyak

HIDUNG

Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah Di hujung hidung mungkin kerana haba perut melampau dan sisitem penghadaman tidak normal Di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dgn ovari atau sistem reproduksi

DAGU

Fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca drpd haid yg tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.

PIPI KIRI

Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah.

PIPI KANAN

Fungsi paru-paru mungkin tidak normal

PADA BADAN (BELAKANG & DEPAN)

Sistem perkumuhan yang bermasalah, sembelit. Amalkan pemakanan yang sihat dan mengikuti piramid pemakanan bagi mempastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.

Wednesday, 6 April 2011

tengah berkira-kira mau tambah lagi satu...

hehe...jgn pikir bukan2 noo...

kalo laki leh lah ckp tambah bini..

ni kalo aku yang pempuan apa kes plak?..tambah laki ker??? ooo..nehi!!nehi!!!nehi!!

nak tambah anak lagi?...yang ni blom keluar2 lagi..

hehe

bebenornya aritu lagi duk pikir nak tambah lagi satu blog...mcm kengkawan semua duk buat kan..

blog utk GA n contest 

rasanya lagi senang nak manage kalo asingkan utk GA n contest ni kan..

nak kena menunggu hari dan waktu yang sesuai

kalo mood tak de, memang payah nak buat...x syok plak kan

tq pada kengkawan yang sudi tag aku ya

ada yang tak terjoin sebab duk dalam perkiraan nak bukak blog baru la ni...alih2 dah tamat contest/GA tu kan

huhuhuhu....

Wednesday, 30 March 2011

masih ada hati lagi nak jenjalan

dengan perut memboyot...32w ni, nak jugak ikut rombongan cikgu2 pegi langkawi

kalo bebudak yang pegi, confirm aku x mau join

ni semua geng cikgu cikgi...leh angkut family lagi

so, aku pun mendaftarkan diri bersama cik somi dan haikal

keh keh keh


bakal menginap di sini...hotel langkasuka selama 2 mlm


gagah je kaki aku ni kalo bab jenjalan..

planning nak p cameron highland ditunda selepas berpantang

kalo jadi la kan..kalo tak..kempunannn...

tak tau lah nape suke p sana

padahal dah byk kali pegi...





Monday, 28 March 2011

sudah scan

cerrr teka!!!

boy or girl???

tapi untuk yang sebenar2nya memang tak confirm la kan...sebab semua ni kuasa Allah

tapi...setakat apa yang telah kami tengok dan lihat tu baby tu ***tetttttt**!!

meh ler teka

comey kan?

cute sgt

tak kisah dapat boy or girl, asal semuanya sihat dan selamat..insyaallah...

lagi beberapa minggu je weyhhh!!

JOM KLIK SINI...mmuuaahh!!!