Followers

Thursday, 18 July 2013

MENU IFTAR 6: BUBUR LAMBUK

AS-SALAM SEMUA

 menu berbuka hari ke 6 adalah BUBUR LAMBUK

bubur lambuk byk versi kan..aku biasa n suka mkn versi mak aku punya ..hehe

biasalah..anak mesti suka makan hasil air tgn ibu kan..

kami punya bubur lambuk x pekat likat tu...cayor je..mcm bubur nasi..dan daun /pucuk midin, pucuk ubi, daun kaduk mesti byk..kami suka yg byk2 daun..

ciksomi duk request bubur lambuk versi mak aku sejak 2 hari lps lagi

dia p beli brg2 tapi lupa nak beli ikan..hukhuk..x dapek nak buat ..tangguh sehingga semalam baru terlaksana

suka dia dapat makan..siap minta aku buat dlm periuk besar gabak..nak agih2kan pada jiran..sama2 berkongsi rezeki di bulan yg mulia ini kan..alhamdulillah..abes licin


makan bubur lambuk taruk sambal cili meletop mertua..mmg x pandang kiri kanan




RESEPI BUBUR LAMBUK:

Bahan-bahan ( utk 10 org ++ makan)
2 pot beras
air secukupnya tuk masak bubur biar sampai kembang
1/2 kilo ikan kembung direbus dan diambil isinye
daging lembu dipotong kecil 
8 ulas bawang merah ditumbuk
2 ulas bawang putih ditumbuk
lada hitam secukupnya ditumbuk - kalo nk pedas letak lebih cket
seinci halia ditumbuk
3 sudu kerisik
sedikit budu(optional)
keropok lekor dipotong2
keropok keping 

Ulam-ulaman
pucuk paku merah(midin), pucuk manis ,ulam raja, daun kaduk, pucuk ubi, daun serai kayu, kangkung
dan lain2 daun lagi aku x berapa nk kenal..huhu

Cara memasak
-masak beras dalam periuk sehingga kembang bersama daging 
-masukkan bahan yang ditumbuk biarkan mereneh
-masukkan kerisik
-kendian masukkan ulam-ulaman..kacau rata
-perasakan dengan garam dan gula agak dah sebati semua dah masak boleh la angkat dan hidangkan.

**nak sedap lagi makan bersama sambal air lada ..aku bantai mak mertua punya sambal tu je..sambal tanpa belacan taw..sllluurrrrrpppppp!! best2


masak dalam periuk besar gabak ini..nampak kecik tapi besar sebenarnya ni..



yeay!! dah ada stock V-soy multi grain ni..sekotak sekali hadap je ni...hukhuk..






Monday, 15 July 2013

MENU IFTAR 5: TUMIS AIR SAWI DAN LOBAK MERAH & PAJERI NANAS




SALAM KE 6 RAMADHAN 

dah 6 hari ramadhan berlalu..pasti akan menggamit rindu..moga akan kembali bertamu

kali ni nak kongsikan menu iftar di hari ke 5 Ramadhan

kali ini masak simple2 sahaja, asalnya masak utk bekal anak ke rumah pengasuh..anak teruna request tumis air sawi n lobak merah dan ayam goreng 

alang2 sayur tu masak lebih cket utk berbuka nanti..

ayam aku suka perapkan banyak2 sekaligus..n simpan dlm fridge..senang kerojerr..hehe

time sahur, panaskan nasi n goreng je ayam perapan tu..


pajeri nanas tu pula pemberian ibu pengasuh haikal dan ain..alhamdulillah..terima kasih makcik

aku mmg suka makan nanas ni..suka sgt2..hehe..x kisah makan mentah atau masak ape sekalipun




dan ini pula ciksomi bawa balik dari masjid..ada lebihan sedikit jd dia bawa balik rumah

nasi putih , ayam masak merah, sayur kacang goreng dan kurma



ini adalah air febret kami sefamily

kami lagi sukakan yang kotak hijau tu..tapi x de stock..beli juga yang ini..

lama x minum soya -kurang gemar sgt sebenarnya..tapi bila minum v-soy ni terus jatuh hati

sedap dan korang pun harus cuba

dan resepi untuk sawi tumis air tadi tu:

bahan2nya:
sawi
lobak merah
bawang merah/bawang besar*tumbuk/potong dadu
bawang putih*tumbuk/potong dadu
lada hitam-optional
garam
gula
serbuk perasa

cara2nya:
1. panaskan minyak, masukkan bahan yang bertanda *tumbuk/potong dadu, sampai naik bau dan kekuningan,
2. masukkan air, biar sehingga mendidih
3. masukkan garam, gula, serbuk perasa
4. masukkan sawi n lobak tadi ..biarkan seketika dan tutup api

mudahkan....anak2 pasti suka


bahan perapan ayam goreng:
kunyit hidup
garam
bawang putih
halia
**blend semua sekali dan gaul pada ayam yang dipotong kecil
perap seketika dan goreng...yummy

resepi pajeri nanas

sumber : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2 
1 biji nenas biasa ~ dikupas & hiris sesuai selera 

3 cawan santan sederhana pekat (tambah lg kalau rasa tak cukup)
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1 biji buah pelaga

3 kuntum bunga cengkih
3 sudu besar rempah kari ikan*

3 sudu besar rempah kari daging* ~ bahan bertanda* dibancuh dengan air jadikan pes
Minyak secukupnya
2 sudu besar gula merah
2 sudu besar kerisik (yang dah siap ditumbuk homemade ye)
Garam secukup rasa
serbuk perasa


Bahan hiris halus
1 inci halia
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih 

(kalau suka boleh tambah 1 sudu besar udang kering direndam & ditumbuk halus ~ MaDiHaA tak letak pun masih sedap juga)

Cara menyediakan

1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan hiris serta kulit kayu
manis & kawan2nya (4 sekawan) sehingga layu & wangi.  Masukkan pes rempah kari dan tumis hingga pecah minyak. Sentiasa kacau supaya rempah tidak hangus.
2. Masukkan kerisik dan kacau supaya rempah tidak melekat pada
periuk.
3. Masukkan santan, garam, perasa serta gula merah. Bila dah mendidih masukkan hirisan nenas. Sentiasa dikacau2 supaya tak membuak.
4. Masak hingga kuah pekat dan naik minyak serta nenas masak.
5. Sedia dihidangkan bersama nasi putih atau nasi berperisa.


selamat mencuba =)


MENU IFTAR 4: LEMANG

sgt suka makan lemang ni..terutama bahagian kepalanya..

ini aku beli tau..bukan buat sendiri

bahagian kepala ni lembik n ada rasa lemak masin sket..tu yg aku suka tu..kikiki

sempat snap lemang je sbb yang lain2 aku x larat nak snap satu2..


biasanya raya je kan jumpe lemang ni..tapi skang ni kalo musim2 biasa pun ramai yang jual lemang

kalo raya pun aku x pernah buat lemang, tapi bapa saudara aku selalu buat n agih2kan pada kami..

walaupun lemang kat atas ni aku beli, tapi aku sertakan juga resepi lemang kat sini utk perkongsian kita bersama..


Bahan2nya
  1. 1 kg beras pulut
  2. 3 biji kelapa (ambil santannya) 2 batang buluh sederhana besar
  3. Garam secukup rasa.

Cara2nya:

  1. Basuh beras pulut dan toskan airnya.
  2. Gulung daun pisang dan masukkan ke dalam buluh mengikut bulatan buluh.
  3. Masukkan beras pulut yang telah ditoskan ke dalam gulungan daun pisang dalam buluh tersebut dan tinggalkan ruang satu atau dua inci. Jangan terlalu penuh.
  4. Masukkan sedikit garam secukup rasa ke dalam santan dan tuangkan ke dalam buluh.
  5. Bakar dengan menggunakan api yang sederhana besar. Setiap 15 minit hendaklah dibalik-balikkan agar masaknya sama rata.
  6. Masak sehingga tiga hingga empat jam sebelum diangkat.
  7. Lemang boleh dimakan pada bila-bila masa.

selamat mencuba





Sunday, 14 July 2013

KADAR ZAKAT FITRAH MENGIKUT NEGERI BAGI TAHUN 1434H / 2013M


KADAR ZAKAT FITRAH MENGIKUT NEGERI BAGI TAHUN 1434H / 2013M

Perlis - RM6.00

Kedah - RM7.00

Pulau Pinang - RM7.00

Perak - RM7.00

Selangor - RM7.00

Negeri Sembilan - RM6.50

Melaka - RM6.50

Johor - RM5.00 / 8.00 *

Pahang - RM7.00

Terengganu - RM4.50 / 7.00 / 7.60*

Kelantan - RM7.00

Sarawak - RM6.50

Sabah - RM7.00

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur / Putrajaya / Labuan - RM7.00

* Pilihan mengikut jenis beras yang dimakan. (Mengikut kemampuan masing-masing)




SAMA KITA TUNAIKAN TANGGUNGJAWAB DAN KEWAJIPAN INI YA KAWAN2




Saturday, 13 July 2013

MENU IFTAR 3 : KARI KEPALA IKAN

Semalam hari ke tiga berpuasa, kami berbuka di kampung

besttttt sgt2 la kan bila dpt berbuka n makan hasil air tangan bonda sendiri

tapi 2 jenis je yg dimasaknya..yg lain2 ciksomi n ayah aku p beli kat PARAM

ahaahaha..diorang pun suke layan PARAM jugak sekali sekala...



banyak btol makanan sampai x tertelan dah rasanya...tapi abesss jugak..kari kepala ikan tu yg mak aku masakkan..



macam2 ada..jd byk mcm ni sebab ayah aku p PARAM lain..aku n ciksomi lak PARAM lain..bila bwk balik makanan , mak aku yg terkujatt..errkkkk..dua2 beli makanan yg sama..haha..dah agak2 melampau2 sangat byknya, kami agih2kan pada jiran2 


ni kari yg mak aku buat..mmg sedaplah air tangan ibu kan...hehehe



murtabak..aku bantai ni sampai licin..kegemaranlah katakan


ni aku yg pilih...bubur lambuk..sedap jugak n kena dgn selera

aku kurang cket kalo bubur lambur luar dr org kampung aku buat..sbb lain pulak rasanya..ala2 pekat lemak manis..huhuhu

aku suka yg mcm ni..rasa lada hitam lelebih cket n sayur mayurnya byk..weeeeee..best2!



keli percik igauan ciksomi..ayah aku pun beli jugak..selebihnya simpan utk sahur



ayam percik pun sama..ciksomi beli..ayah pun beli jugak..wakakaka...penat duk gelak kt diorang ni semalam..



air kelapa muda dr pokok tepi rumah mak..

air tebu beli tepi2 jalan..

alhamdulillah...

resepi kari kepala ikan:

Bahan-bahannya
Kepala ikan ( ikut jenis dan jumlah yang dikehendaki)
2 ulas bawang putih*
5 ulas bawang merah*
2 pelepah daun kari (bancuh dengan air asam)
1/2 cawan air asam jawa
2 bungkus kecil rempah kari ikan
4 cawan santan - diperah daripada 1/2 biji kelapa
Sedikit minyak untuk menumis
Bendi dan tomato
Garam secukup rasa


Cara-cara Memasak
  1. Panaskan minyak, tumis bahan-bahan yang dimayang berserta daun kari 
  2. sehingga naik bau.
  3. Masukkan rempah kari. Kacau sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan santa sedikit demi sedikit. Kacau perlahan supaya rempah sebati dengan santan.
  5. Apabila kuah mendidih masukkan ikan dan bendi. Reneh seketika.
  6. Masukkan tomato.
  7. Rasa garam dan asamnya. Matikan api. Sedia untuk dihidang.


selamat mencuba =)

Friday, 12 July 2013

MENU IFTAR 2: NASI KERABU AYAM GOLEK BEREMPAH THAI

ini adalah menu berbuka dihari kedua berpuasa

menu dari PARAM ko..hahaha..baru je semalam borak2 rajin bagai..n citer2 psl p PARAM..tgkkk..mmg PARAM btol lah hari ni..hehehe

asalnya plan nak masak lala goreng berlada..lps tu ckp sorang2..x kan lala lagi kot arini..huhu..

cik somi ajak p berbuka kat masjid sbb kat masjid diorang mmg ada tukang masak khas utk bulan puasa ni..setiap hari sediakan hidangan utk 300 persons 

aku malas nak hangkut anak2 time maghrib, kang x psl2 org sibuk nk berbuka diorang sibuk duk gaduh...aishhh..sikecik tu dah pandai cari gaduh ngan abangnya skang ni..yg menangisnya sape? abang la..kesian abanggg..hehe

so, utk kali ni x de resepi lah ye nak letak..kita kategorikan sebagai idea menu pilihan bagi yang x tau nak berbuka esok2 hari kan..ye lah..kalo nak update gambar makanan skang ni risau jugak takut ada yg duk pikir kita ni saje2 nak menunjuk ke ape kan..niat kite nak kongsi2 resepi n idea pilihan makanan..kot2 dah x tau nak masak or beli ape..bila tgk2 gambar makanan ni kita dpt ilham..harap2 mcm tu lah ye..


menu utama: nasi kerabu dan ayam golek berempah thai



nasi kerabu..x leh lawan rasa yg mak kite pernah buat lah kan..huhuhu..tapi oklah, sedap jugak =)



ayam golek berempah thai ni agak boleh tahan jugak..skang ni area sini mmg ramai yg jual ayam golek/ayam pusing ni..sebulan sebelum puasa dah ramai yg buka gerai..



puteri mandi dan akok warisan
akok warisan tu menu wajib beli kalo ke PARAM depan rumah , tapi apsal lain je rasa thn ni ye? suka mkn akok warisan ni sebab x manis mcm akok yang pernah aku mkn kat tempat lain..




pembasah tekak kali ni air the bunga...sukaaaaaa!!!
pebret makcik nih..hihihihi




Thursday, 11 July 2013

MENU IFTAR 1 : LALA MASAK LEMAK CILI PADI


bila dah start masuk bulan pose ni mmg best..sbb tahap kerajinan aku memuncak bila puasa

mcm2 idea nak masak itu ini..kalo time pose ganti aritu pun aku rajin masak itu ini..tp bila x pose kerajinan tu lenyap..

tapi kadang2 ada jugak malasnya..terpaksa p PARAM..hehe

lagipun PARAM tu depan rumah je..pilihlah apa yg nak dimakan..sediakan duit je..kalo x abes 30-40 hengget mmg x sah..tgk benda x de byk mane pun..

ok, panjang lak membebelnya..ni menu iftar aku..hukhuk..aku je lah sebab cik somi berbuka di masjid atenyee..bkn x sudi dia nk berbuka bersama..tapi dia bertugas utk solat maghrib , isya' n tarawikh..kesian pulak terkejar2 walau rumah dekat..kalo aku masak siapnya awal, bolehlah bekalkan dia sket..kalo tak..dia balik makan lps tarawikh karang lah..

MENU IFTAR 1 (2013): LALA MASAK LEMAK CILI PADI


tu yang paling utama lah, yang jadi peneman lala tu sambal melethopp mertua dan ikan pekasam goreng, cukuplah utk aku n anak2 makan waktu berbuka, masak over2 kang x abes lak..huhu



resepinya...huhu..mcm x layak je nak bagi resepi sebab aku main agak2 je letak itu ini..kikiki..aku suka bereksperimen ngan makanan ni..letak itu ini sesuka hati asal cukup segala rasa..

Bahan-bahannya:

lala

santan
kunyit hidup *
bawang merah *

Beberapa biji cili padi - ikut citarasa kepedasan masing2 *
2 batang serai - dititik/diketuk
Beberapa helai daun limau purut
asam keping
Garam, gula secukup rasa

Cara membuatnya:


  1. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar di dalam periuk bersama santan.  Masukkan asam keping, serai dan daun limau purut dan masak sehingga mendidih.
  2. Seterusnya masukkan lala.  Perasakan dengan  garam, gula secukup rasa.  Kacau rata dan masak sehinggga mendidih sekali lagi.
  3. Tutup api dan boleh dihidang 



menu keseluruhan semalam..air sirap bandung sebagai penghilang dahaga



kurma dan kek coklat lembap sebagai pemanis


harini nak masak ape pulak ye? 
konon2 nak buat popia sira pedas..sambil letak kat gerai kawan yg meniaga..dr bulan lepas lagi kawan duk ajak meniaga..minta letak kek coklatlah, snow cheese cake la..lauk itu ini...manalah aku sempat nak buat semua tu..huhu..

pernah jugak aku suarakan pada ibu mertua n kak long kakak iparku tentang perancangan kawan tadi tu..diorang menggalakkan..siap bagi cadangan suruh meniaga itu ini..masalahnya den ni malu..alahaiiii..mak mertua cakap, mula2 je malu..lps tu x de malu2 lagi dah..aku memang suka berniaga tp blom pernah jual makanan bagai ni..barangan kraf pernah jugak buka booth..mmg best! tapi mesti lain kan..

mertua n suami galakkan aku buat pulut panggang..ambik warisan daripada mak mertua yg mmg mabeles pulut panggangnya..inshaaAllah..mudah-mudahan, boleh buat pulut panggang frozen n penghantaran seluruh negara nanti..kekeke..masuk dlm list impian menggunung!haha





SALAM RAMADHAN AL- MUBARAK



SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK buat semua ummat islam seluruh dunia

pejam celik jumpe lagi kita di bulan yg mulia ni kan..alhamdulillah..

lama x update blog ni..dibiarkan sunyi sepi..hehe

mak bizi memanjang nok..kadang2 bila free blank pula otak ni mikior nak taip ape..

oklah..utk permulaan x leh nak panjang2 lebor..

kang loya tekak kome membacanye..ye lah..dah lama menyepi tiba2 muncul bersyarah panjang lebor apekehei nya idok? kekeke

awat aku duk p bantai loghat perak ntah ------> tu diaaa..penang mai plak dah!

hehehe

sebelum melalut lebih jauh..kita bye bye dulu ye..

daaaaaaaa


Thursday, 7 March 2013

cek nuffnang dah sampai


alhamdulillah..syukur 

walaupun tak banyak, tapi ok lah tu kan..sape nak bagi free kan?

sambil-sambil berblog leh jana income jugak

aku pun dah lupa sebenarnya bila masa aku cash out acc nuffnang

tetiba dapat check..suke yang hamatttt!!kekeke

skang ni mcm kurang cket update blog..

kekangan masa paling utama

huhuhuhu...



Wednesday, 6 February 2013

mari!! mari!! jualan lelong tupperware!

as-salam

selamat pagi selasa semua!!

berita baik! berita baik!.. 

sejak akhir2 ni aku selalu duk bagi berita baik kat korang..hahaha! org meniaga lah katakan

x kan nak letak berita buruk! berita buruk! pulak kan

tapi seyesly ni btol2 berita baik terutamanya buat peminat tegar barangan tupperware

saya adakan jualan lelong dengan harga yang btol2 berbaloi-baloi

kat bawah ni antara barangan tuperware yang sy nak lelong

untuk info lanjut sila klik:




cunnssssss!!!! 

Saturday, 26 January 2013

BAK KATA IRFAN KHAIRI.....


Salam Sabtu semua

berbalik kepada tajuk kat atas ' bak kata IRFAN KHAIRI......'

sape  tak kenal Irfan Khairi ni..anak muda yang berjaya menjadi jutawan online

ok, aku ada terbaca (di mana aku dah x ingat)

tapi 

bak kata Irfan Khairi : " nak berniaga kita perlu suka barang yang kita niagakan"

ye tuan puan sekalian,

memang tepat sekali statement tu

aku akui yang aku suka berniaga, ntah datang dari mana darah meniaga ni pun aku tak tahu

tapi mertua aku memang orang berniaga..berniaga cara kampung lah..

jual pelbagai sayur-sayuran , buah-buahan dan kuih -muih, dan aku suke tgk cara diorang .. diorang enjoy dengan perniagaan yang dijalankan

jangan pandah remeh walau berniaga sebegitu, berkat rezeki daripada titik peluh sendiri mereka dapat membesarkan anak-anak seramai 10 org dengan jayanya (semua berjaya!)

dan dari hasil titik peluh itu jugak, mereka dapat jejak kaki ke Mekah , kalo tak silap aku dah 3 kali haji kot tak termasuk umrah 

Rasulullah S.A.W sendiri pernah bersabda:

"9/10 daripada rezeki datangnya daripada perniagaan, hanya 1/10 sahaja rezeki datangnya daripada makan gaji"

Baginda sendiri pun adalah peniaga yang terulung 


ok, berbalik kepada statement  " nak berniaga kita perlu suka barang yang kita niagakan"

memang btol lagi tepat!

aku pernah berniaga mcm2.. daripada barang yang tak kena dengan jiwa sehingga lah kepada barang yang aku betul2 suka

lain tau rasa dan cara rezeki tu datang kepada kita

nak rasa bagaimana kenalah try sendiri

setelah sekian lama aku menceburkan diri dlm bidang perniagaan kecil-kecilan ni, 

aku dapati aku suka dan enjoy dengan tiga jenis barang yang aku niagakan sekarang

sebab2 utama yang aku leh tgk sekilas pandang adalah "colourful"

aku suka dengan warna

teringat cikgu pendidikan seni bgtau ms SPM dulu

"aku pandai main dengan warna utk lukisan..walau sketch x cantik sgt, tapi bila aku letak warna semua nampak perfect" 

vaaaaa vaaaa vaaaaahhhhh...hahaha..ini bukan tragedi masuk bakul angkat sendiri ye

jom layan kan mata tgk brg yang aku niagakan
.
.
.

1. barang kraf 

boleh ke :


jangan lupa klik "LIKE" ye







.
.
.
2. barangan TUPPERWARE




.
.
.

3. kain pasang 





korang kalo nak berniaga pun kaji dan cari ape yang korang minat dan suka ye

insyaallah kita akan rasa senang hati dan enjoy melakukannya











Friday, 25 January 2013

BERITA BAIK!!!!

Yaaaa!!

ini ada satu berita

baekk punyaaaaaa...

di akui aku memang suke berniaga..ala jual-jual tu...

kali ni nak tayang kain pasang cotton yang cun! mabeles! n kalo korang pakai memang org akan pandang 2-3 kali!

ok, korang layan kan mata n sila kira2 duit dlm bank ye..kahkahkah

reserved 24jam sahaja tau!

harga??

RM75 SEPASANG INCLUDING POSTAGE (semenanjung)

utk sabah dan sarawak tambah RM5 (untuk sepasang dan RM8 untuk 2 pasang ye)

COTTON SATEEN 
sold


COTTON SATEEN 
sold


COTTON SATEEN 
available 1pc


COTTON DESIGNER
sold


JAPANESE COTTON 
available 1pc


COTTON SATEEN 
available 1pc


COTTON SATEEN 
available 1pc


JAPANESE COTTON 
available 1pc


COTTON SATEEN 
sold



COTTON SATEEN 
reserved


berminat????

sila sms 017-6956506 (one-nur/ nurul)

or 

email: WANNUR84@GMAIL.COM




JOM KLIK SINI...mmuuaahh!!!