Followers

Friday, 31 December 2010

saya yang baru hegeh2 ambik lesen memandu


hegeh2 ok...

selama ni x dak nak sibuk2 p ambik lesen memandu kete ni

lesen moto dah ada..kete je belum..

cuti sekolah sebulan aritu aku n haikal berkampung di kampung halaman

senang nanti ada org yg nak jaga haikal...

ingatkan cukup sebulan utk dptkan lesen kete ni..

rupa2nya, utk L saja pun mesti matang sebulan..baru leh test JPJ n dapat P kalo lulus..

adehhh...12hb jan 2011 ni baru test JPJ..

tu la..dulu2 x mo ambik..

dah memboyot macam ni baru terhegeh2..

ni pun kes kena paksa ngan cik somi..kalo x sampai bila2 pun hati aku kering je x nak ambik lesen..

moga2 lulus dengan jayanya nanti..

leh la booking kete baru **berangan x hengat!!**



kembar tak jadi

dulu penah ku bilang kat sini yang aku rasakan mcm terpregnant kembar kan..

mmm...hampir2 menjadi kenyataan..

masa scan bulan pertama aritu..ada dua tau..satu kecik..satu normal

pastu kena rujuk pakar utk rescan bulan berikutnya

bila bulan depan p jumpa pakar n scan perut

tgk2...tadaaaa...dah  xde..

kekeke...cam chipsmore lak..

doktor ckp satu tu dah mengecut balik..x dan nak besar..

kesiannn...

papepun alhamdulillah...satu lagi selamat membesar dengan jayanya

moga2 selamat selamanya..insyaallah..

amin..

Thursday, 30 December 2010

TERENGGANU CUTI AHAD 2HB JANUARI 2011


Kerajaan Negeri Terengganu mengumumkan Hari Ahad 2hb Januari, 2011 adalah hari CUTI UMUM bagi negeri Terengganu.

KERAJAAN NEGERI TERENGGANU
http://www.terengganu.gov.my/

hoyyeeeehhhhhhh!!!!!

4bulan sudaaa


sedar x sedar dah 4 bulan setengah ropanya kandungan ku

semalam lepas check-up ngan doktor baru aku sedar tau..

selama ni kalo org duk tanya dah bape bulan..asyik duk jawab 3 bulan lebih je..

x kan lah dari aritu 3 bulan lebih kat situ x bergerak kan...hehehe

urmmmm...x lama lagi 5 bulan..nanti leh rasa baby gerak2 kat perut..

haishhh..sekejap je masa berlalu

moga2 selamat..

amin..


Perdana Menteri Umum 31 Disember Cuti Umum Bagi Meraikan Kejayaan Malaysia menjadi Juara Piala Suzuki AFF 2010


Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengisytiharkan hari Jumaat, 31 Disember 2010, sebagai cuti umum bagi meraikan kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan pada kejohanan Piala AFF Suzuki malam tadi dalam sejarah 14 tahun kejohanan berkenaan.

Sepanjang tujuh edisi sebelum ini, Malaysia hanya sekali berpeluang melangkah ke perlawanan akhir iaitu pada edisi sulung kejohanan yang dahulunya dikenali sebagai Piala Tiger pada 1996.

- BERNAMA

Wednesday, 29 December 2010

akhirnya...setelah 14 tahun


semua org dah tau kan sape juaranya..

tentulah MALAYSIA

dengan agregat 4-2 kalahkan Indonesia

so..

CONGRATS MALAYSIA!!



Wednesday, 17 November 2010

salam aidiladha


salam aidiladha kepada uumat islam seluruh dunia...

semoga sama2 kita mendapat keberkatan dihari yang mulia ini...

maaf zahir dan batin

**ummi balik kampung 4 hari...yeay!!!!**

Tuesday, 16 November 2010

tapi memang rasa nak yg ni..

ummi teringin nak makan semua ni....

gajus segar2 dari pokok..cicah ngan garam + gula + kicap + cili padi...fuhhhh..kecur air liur weyhhh


dan juga teringin nak makan gajus + lokan (gambar bawah) = masak lemak kuning

mak ummi kat kampung penah buat dulu...

mak kata itu makanan orang dulu2..zaman tokwan (ayah mak) 

lama ummi x makan, tetiba teringin yang amat....tapi tula, gajus sekarang susah sgt nak dapat buahnya tu...pucuk nya mmg selalu makan buat ulam...tapi buahnya..alahaiiii...susah bebenor nak jumpa ...



kat atas ni la rupa lokan....kat area sini byk juga yang jual lokan ni..nak2 kalo on da way balik ke umah mak..



lagiiii...siput sedut masak lemak kuning + daun kaduk ...sedapnyaaaa....

tapi aritu masa balik kampung x jumpe pulak orang yang jual siput sedut ni...bukan musim nya agaknya...




teringin juga sayur keladi...slluuuuurrrppppp...

pastu makan ngan nasi panas2...

ada pulak budu n sambal

ulam2

ikan yang yang di panggang tawar...

ooohh..settapppnyeeeee



kadang tekak duk mai teringin nak makan gulai ikan masin + nanas

walawehhhhhh.....


tapi semua jenis masakan kat atas ni ummi nak makan hasil air tangan mak sahaja!!

orang lain masak ummi x mau..

hanya mak je...

makkkkk!!!! tulun anak mu ini mak...kepingin n teringin sgt2...huaaaaaaaa...


Monday, 15 November 2010

ni semua x leh

buat masa skang ni memang x leh nak bau2 n telan makanan kat bawah ni..

taugeh ni kalo ada je dlm sayur campur ataupun ulam-ulaman nasi kerabu memang satu persatu jugak la ku kutip buang..

langsung x leh terima bau dia...kalo termasuk dlm mulut jugak..habis semua akan dikeluarkan balik..



daging lembu yang mentah2 pun sama lah jugak...dari jauh lagi dah duk bau2 hanyir..padahal sebelum ni ok sgt2...x de la sampai nak bau2 cam skang ni...

dah terlebih deria bau ke ape agaknya?

kesian kat cik somi la..dia sgt suka makan daging..x kisah masak ape sekalipun..

so, kalo dia teringin nak makan daging, terpaksa la dia potong2 n basuh daging tu sampai cuci bersih...

ummi hanya masak je....tu pun lps dah masak, still x leh terima dek tekak daging tu...selang 1jam ke lps tu..mesti dah x leh nak bau2 pulak walau pun dah dimasak




ayam jugak begitu...ummi melarang keras encik somi beli ayam kecuali kalo ada orang nak datang rumah dan ada sesi jamu selera ..terpaksala masak jugak ayam2 ni..

haishhh...kalo ke pasar basah sekarang ni memang terpaksa tutup hidung...x tau la ape peniaga2 tu kata kat ummi...kekeke



kalo ikan ok kot setakat ni...tapi kalo bab menyiang tu terpaksa sabo je la....

cerewet ke anak ummi yg duk dlm perut sampai cam ni sekali x leh itu ini...paling teruk bab bau2..cepat je bau benda2 busuk..

arap2 bila dah masuk trimester ke 2 , x de lagi la cam ni....

seksa rasanya x dpt makan byk2 n sedap2...

perut lapar tapi x selera pulak...bila x selera telan ape pun x leh....

huhuhuhu.....

sabarrrrrrrrrrr



Friday, 5 November 2010

happy deepavali


happy deepavali 




Thursday, 4 November 2010

ya ampunnnn!!!!!

~google~

ampun....ampunnnnn....

dah lama x hapdet ini blog...

udah berhabuk..

batuk2 gue nak buang segala semak samun sesawang ni..

daaaaaaa

nak bersihkan ini blog dulu...nnti kang i hapdet 

;p


Friday, 22 October 2010

saya yang malas tahap gaban

semenjak pregnant ni..memang malas bebenor nak hapdet blog ni...

bukan x dak citer, nak menaip tu kemain lagi malas...

bukan setakat tu je...malas segala bagai...

masak malas...

basuh baju malas..padahal washing machine yang tolong basuh semua tu..(nak taruk baju dlm tu yg malasnya)

basuh pinggan malas..

siram bunga malas..

lipat baju malas..

nak makan pun malas...

kadang lapar giler baru hegeh2 cari makanan..huh!!

cian baby..

pendek kata..segalanya malas!!

panjang kata...bila lah nak rajin balik...chait!!


Thursday, 14 October 2010

TANDA-TANDA KEMATIAN SESEORANG



100 hari sebelum kematian:
Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

40 hari sebelum kematian:
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

7 hari sebelum kematian:
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.

3 hari sebelum kematian:
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

1 hari sebelum kematian:
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda akhir sebelum kematian:
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Kubur/liang lahat Setiap Hari Menyeru kepada Manusia Sebanyak 5 Kali.
1. Aku rumah yang terpencil, maka akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu sholat malam.
3. Aku rumah yang penuh tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawarnya.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nankir, maka banyaklah bacaan Laa illaa ha illallah, Muhammadur Rasulullah?supaya kamu dapat menjawabnya.

sumber : Tausyiahislamiyyah

Saturday, 9 October 2010

sabtu yang memenatkan...



bagi org yang jenis tahan lasak, kental..otot berketul-ketul kalo baca entry ni akan ckp...eleh...ini pun nak kecoh...kekeke

ala, x kisah lah..nak citer jugak..

pasal apa sabtu yang memenatkan?

sebab....

arini ni kami buat makan-makan...jamu org..ada la dalam 60 org mcm tu la kot...

penat sgt2..sebab semua kena buat sendiri....

makanan...

minuman..

kuih muih..

potong2 buah

hidang2

susun meja kerusi n kemas ape2 yang patut

lps tu abis je makan2...

bab cuci mencuci, basuh membasuh, kemas-mengemas..susun menyusun...

seb baik encik suami yang baik ati tolong jugak part kemas mengemas n cuci mencuci..

kalo x pengsannnnnn.......

ok, itu je...gambar x de, segan btol nak ambik gambar tadi...keke


Friday, 8 October 2010

berbalas uweeeekkkkkk!!!!!

~google~

kejadian selasa lepas..

pagi tu ummi kejut kan haikal..sebelum tu dia menyusu dan sambung tido balik..

bila dah pukul 7.30 pg tu, ummi kejutla dia nak mandi

kan nak p sekolah kan..

zasssssss..cepat je dia bangun..

ummi masuk bilik air...kan ke pagi tu pale ummi memang fenin2 lalat ijau...masuk je bilik air terus meloya..

muntah...keluar angin je awal2 tu...

haikal pun masuk...tengok ummi uweeekkk uweeekkkkk ..

lepas tu haikal pulak uweeekkk...uweekkkkk...

aikk..budak ni..pe kena ni?? morning sickness jugak ke? 

ummi tengok dia uweekkk uweeekkk tu, maka ummi pun ter uwekkkkkk...uwekkkkkkk...dia pulak tgk ummi 

lps tu dia pulak sambung..uweeekkkkk...uweeekkkkkk...

lps tu ummi lagi...

lps tu dia lagi...

dan lagi- lagi...

abah kat luar dah gelak sakan...katanya duk berbalas muntah antara ummi ngan haikal

dekat 10 kali jugak lah ummi ngan haikal duk berbalas muntah pagi tu...sampai kejang rasa perut ummi...nak tergelak pun ada...nak marah pun ada...

ummi muntah keluar angin ngan air je..

haikal lak lebih2 ..keluar abis susu yang dia minum sebelum tu...

kekekekeke

x pasal2 anak teruna ummi ni terjoin sekali dlm bab alahan ni...kehkeh


bila balik dari tadika..

haikal ni kan...balik sekolah je..ummi tanya la..

"haikal belajar ape hari ni?"

"lagu syamat sultan"






"lagi??"


"negara ku"





"lagi??"


"tom and jerry"



"???????????????????"

bila masa pulak tom and jerry masuk category subjek skolah tadika haikal?



Thursday, 7 October 2010

busuknyeeeee!!!!

ayooooo.....ni yang susah ni....


baru sebulan lebih je dah x leh nak bau benda2 yang kureng2 cket..mulalah meloya tekak...

pastu fenin x leh nak buat keje ape dah...baring x kena, berdiri x kena..berjalan-jalan lagi lah...

tetiba je tersensitip idung ku ni..sebelum punya lah payah nak bau apa2...

cepat2 la berakhirrrr....huhuhu


kejadian mengidam

kelmarin (isnin)..mulut ni dah kehilangan tunas rasa..rasa tawar je..

pastu pulak lapar yang amat...

tapi x tau nak makan apa..

semua makanan x terliur dek tekak...

dah puas la google gambar2 makanan nak kasi tekak ni terliur..huhuhu...tapi satu pun x teringin...

jd pagi tu memang x sentuh ape2 pun...memang kosong perut..uuuuu..kesian anak ummi dlm tu..

last2 , abah ajak keluar, p cuci gigi kat klinik

settle bab gigi, abah bawa p saloon..potong rambut..kesian agaknya dia tengok bini dia ni..kehkehkeh

masa duk cuci gg tu, ummi tetiba ada maiii itu rasa...mau makan laksa lemak kuah putih (laksa kelantan)

kat area sini ada satu je laksa dia memang sedap...kat warung aina

cepat2 ajak abah ke sana dengan harapan masih ada lagi laksa tu.. sebab laksa kat situ memang laris...cepat je abis

masa sampai warung tu dah 10.45 a.m, ummi terus terjah ke bahagian laksa..

huwaaaaaaaa!!!!!!

abesssssssss!!!!!!

abah ajak p pasar kot2 ada laksa or laksam kat sana...

sampai2 je..terus terjah gerai makcik2 yang jual mkanan pagi tu...sorang pun x jual....

huwaaaaaaaa lagiiii!!!!!!!

last2...kami singgah je restoren nasi kukus elias...tapau nasi kukus ngan ayam goreng berempah + kuah gulai + sambal belacan

hukhukhuk

ni la rupa laksa idaman ummi tu...hukhuk..google jek nih..

pagi2 esoknya (selasa), lepas solat subuh di masjid, abah terus ke warung aina tu...beli laksa utk ummi

akhirnyaaaaa!!!!

terus berbunga hati ummi...

terus buka bungkusan dan makan...

bila dah separuh abis, tekak dah meloya2...

simpan baki laksa bawah saji dulu...nanti nak pulun balik..

tengahari tu ummi abiskan bakinya..seb baik ok lagi kuahnya...hehe

dan tekak terus meloya sampai ke petang...hukhuk


ni pula rupa laksam...kuahnya lebih kurang je ngan laksa tadi..google jugak ni..hehe

dah petang cket...lapar balik...

x tau nak makan ape...

ye la, kalo setakat makan laksa..mana nak larat nak bawa body sampai ke petang n malam lagi...hukhuk

abah tanya kot2 nak makan ape...

pikir punya pikir...maka terasa la nak makan limau kecik2 comel yang selalu org jual gantung2 tu..

ginila rupanya...google lagik..hehe

abah pun keluar la mencari ....

lamaaaaaa....tak balik2 lagi...

petang sgt2 dah baru abah muncul...

abah cakap x de limau tu...peniaga2  cakap limau tu raya cina nanti baru ada...

huwwaaaaaa!!!!!

abah belikan limau sunkist 6 bijik sebagai ganti...

ummi rasa sikit je..sebab tekak memang nak limau tecik tu jugak...

kesian abah...huhuhu...

susah payah utk ummi dan anak dlm perut ni...

sobb..sobb..

makanya sebab itu lah jugak blog ummi ni tak berhapdet selama 3 hari...kes fenin2 lalat + loya2 + muntah2 + tak selesa 

harap2...arini dan seterusnya akan ok ...x mau dah fenin + loya2 cenggitu lagi...

;p

Sunday, 3 October 2010

besar???

baru je sebulan lebih ummi pregnant..

tapi rasa macam besar la perut kali ni..dah mula rasa semput2 sedikit...

dulu masa mengandungkan haikal, 6 bulan pun x nampak2 lagi perut...

nurse pun duk risau tengok perut terlampau kecik...


~google~

skang ni pe cerrrrr????

adakah sebab perut tu semulajadi besar dengan tambahan lemak2 sedia ada...atau sebab baby kat dlm ni besar atauuuu...kembar?????

wuaaaaaa....ummi blom scan lagi tgk janin dlm perut nih..ingat nak p klinik kerajaan dulu buat kad pink tu..baru nak p scan kat private..

macam mana kalo kembar????

takot nyeeeeeeerrrrrrrr!!!

memang keluarga kami ada gen kembar ni...uuhuk!!! uhuuuk!!!

Saturday, 2 October 2010

ummi mengandung, abah mengidam...

sejak lepas raya hari tu lagi..ummi mcm pelik tengok abah haikal ni..kalo jumpe je nasi minyak...matanya bercahaya berkelip-kelip..muka teruja pun ada..

masa tu ummi tak tau lagi yang ummi dah pregnant..dia dah mengidam dulu..time raya kan ramai jugak yang buat nasi minyak ni...lepas satu rumah, satu rumah pulak dia bantai nasi minyak

" tak muak ke bang mkn nasi minyak je..bukan ke byk menu lain tu?"

" tak tau la..mulut ni rasa nak makan nasi minyak je..."

sampai la ke hari ni ye tuan2, puan2....dia masih lagi setia makan nasi minyak..1 hari dua tiga kali pun ok...

ummi lak x terasa nak jamah pun nasi minyak tu..tengok pun dah muak..


~google~

tambah2 lagi la skang ni orang duk buat rumah terbuka sana sini..

melompat2 lah dia leh mkn nasi minyak..kekeke..(selamat.. ummi x pyh masak!!)

jam 11a.m
"pegi rumah terbuka tadi makan ape bang?"

" nasi minyak"

"huh"


jam 2.30ptg
"makan ape jamuan tadi kat rumah org tu bang?"

"nasi minyak..hehehehh"

"huhh.. lagiii"

Friday, 1 October 2010

menan baru haikal

rabu lepas, kitorang keluar jalan2 kat bandar..

mcm biasalah kalo haikal ada terpaksa kena ada jugak habuan utknya..

hubby pun masuk 7eleven ngan haikal (tempat peberet haikal)...ye la, dia cakap lapar2..kedai lain x mau, nak 7eleven tu jugak..ummi nunggu je dlm kete..

ingat kan dah lapar dibelinya roti ke, aiskrim ke...rupa-rupanya idak yooo....

nahhhhhh!!! menan pempuan yang x de kena mengena langsung dengan gender haikal..ayoiiiiirkkkkk!!!

~google~

lebih kurang mcm dlm gambar kat atas ni la menan pilihannya kali ni...

oo..dah boring duk berperang ngan lorry, bus, truck, otomen kosmos n lain2 tu...mau beli yang girly2 pulak dah...ni kes dah x dak pilihan lain lah ni...abah dah x leh nak buat ape bila anak terunanya totap nak yang ini jugakkk...

sukati ko la nak....main je masak2 tu ye..jgn jadi lain dah lerr..


hadiah dari tadika

tadi kt tadika haikal ada wat besday party utk anak2 yang lahir bulan september..di gabung sekali harung..ada la dlm 3 org kot..dan haikal adalah salah seorang daripadanya..

ummi x tau pun cikgunya ada buat party ni, masa pegi ambik haikal tadi nampak segala belon dan hiasan2 lain n budak2 duk pakai crown kat kepala masing2..

bila haikal keluar je, dia terus tunjuk hadiah kat ummi..kekeke
pihak tadika yang kasi le tu...suka la anak teruna ummi ni..kemain lagi..maklumlah dapat menan..kehkeh
padahal yang kat rumah tu dah berlambak..hukhuk

haikal dapat lego le tadi...siap tunggu abah balik keje nak buka..ummi x leh buka..diharamkan oleh haikal kenit..ceh!!

bila abah balik je, terus dia cepat2 buka pintu..

" abah!!!!!! abang haikal dpt adiah..cikgu bagi hepi besday to u kat abang haikal nih..cantik ni!!"

lebih kurang gitu la ayatnya..kekeke...

~google~

lepas buka bagai (dirasmikan pembukaannya oleh abah lerr)...haikal pun main lah...

mcm biasa lah...pup pap pup pap..wat bentu tu bentuk ni..pastu dah x tau kemana pergi...

1 kat sana , 1 kat sini, 1 kat sinun....

haishhhh!!!!taik2 sepah mcm ni la ko tinggalkan utk ummi ye nakkkk...hukhukhuk

yang dulu punya lego x tau dah kemana...dlm bakul besar tu gamaknya...lama x jumpa...dapat yang baru..lagi haru...

benda alah ni kan byk2 ketul...menyenakkan perut time nak kutip satu2 tu...


Monday, 27 September 2010

besday haikal


 lama ummi tak hapdet...3 hari jugak la kan..
biasalah tu, bila malas menguasai jiwa dan raga..cehh!!


arini nak cite pasal besday haikal..

actually, dah lama dah besdaynya..cian anak ummi telah dianak tirikan..kekeke
takdelah, tak kan lah ko..hehe

besday haikal 11 september baru2 ni..makanya hari itu jugak adalah hari raya ke-2..
makanya, tak tersambut jugak kat kampung walaupun time tu sanak sedara semua ada..

haisshhh!!!..faktor berebut nak buat majlis kat umah sape2 pun jadi hal..susah jugak kawin org dekat2 ni ye...kekeke...

so, kami suami isteri putuskan, tak payah buat la tahun ni...just sambut kecil-kecilan kat umah sewa kami sudah lah..begitulah cadangnya..

tapi bila dah balik umah sewa ni, dah start keje bagai..semua jadi lupa..huhuhu..

rabu lepas kelas ummi buat jamuan raya kecik2, so ummi suggest kat suami beli kek dan bawa haikal sambut kat skool la..meriah jugak kan..kekeke..

so, kami pun p la cari kek..haikal request nak kek BEN-10 sejak dari dulu lagi..kesian lak..
cari punya cari, p satu kedai kek, jenguk2 kek yang ready stock..eehh..ehhhhh..ehhhhhhhh...ada BEN-10 lahhhh....tanya rege ..RM48 shj utk 1 kilo setengah..wahhh..ini sudah bagus..jimat!

ummi pnh tgk kek2 yang edible image ni makan ratus2 woooo....
maybe kek2 tu sedap x terkata la kot kan..kek haikal ni rasa biasa je...boleh la..yang penting ada BEN-10 tu..kekeke...

faris haikal dah 3 tahun skang ni...


fuhhhhh!!! 


dah pandai buat "peace"...kekeke..mulut x leh tahan...cam boring gile..


bergambar sat..


ummi tumpang sekaki


murid2 tumpang berkaki-kaki..


haikal suka makan cream..kek x makan..huhu..


kehkehkeh

sekian




balik kampung lagi

hubby ajak balik kampung lagi..petang kang bertolak balik..

hari selasa mai sini balik..

hukhuk..malasnya nak kemas baju walaupun tido 1 malam je kat kampung nun...


mengidam ke??

ummi mengidam nak makan ketam masak stim limau dan nasi goreng thai kat restoren D' Tunggal

ketam masak stim limau dia memang terbaikkkk...nasi goreng thai dia pun sodap!!

semalam ummi p makan sini, tak sesedap sebelum ni..
ummi intai2 la kan..kekeke ..rupa2nya pempuan yang masak..bukan laki tuuuuu....maybe laki tu shift malam kot..dan sebelum2 ni pun kami pegi malam..disebabkan semalam x dapat nak menahan, maka siang hari kami pegi sana..huhuhu...alih2 x sedap maaa...leh rasa la lain dari yang kami makan sebelum ni..


ni gambar lama yang ketamnya sedap yang amattttttt...kecur air liur weyh!!


nasi goreng thai yang sgt sedap jugak..

sebelum ummi tahu yang ummi ni pregnant, ummi duk mengidap nak pegi makan kat mcD..nak makan GCB dari bulan posa dekat2 nak raya..tapi x tau GCB dah takde dah...

lepas raya hari tu dah pegi, tapi punya lah ramai orang..ngan jalan jem, x de parking..pastu dalam tu bersesak-sesak..jadi, kami pun blah ngan air liur meleleh....orang2 balik beraya ni semua pegi makan mcD kot...sebab sesak yang amatttt..

so, 2 hari lepas barulah berkesempatan pegi mcD ni..
~google~

~google~

tanya GCB..dah tak de..ye la..limited time only ..hukhuk

~google~

hubby makan double cheese burger

~google~

ummi plak triple cheese burger..kekekeke..selera beruang ko!!


~google~

balik rumah masak mee kari udang..perrgghhh!!! sodap jugak walaupun baru belajar buat kan..ummi cilok resepi kat myresipi...


~google~

lepas tu mengidam pulak nak makan mangga muda 

~google~

makan ngan colek..kekeke..sedap hingga menjilat jari...


**ampunnnnn....entry ni penuh ngan makanan...**

JOM KLIK SINI...mmuuaahh!!!