Followers

Monday, 31 January 2011

CONTEST "SICOMEL BERGAYA"

sticky entry until 31st January 2011

syarat-syarat penyertaan:

1.terbuka kepada warganegara malaysia yang ada blog + anak + berumur x lebih 3thn.

2. masukkan/senaraikan blog2 di bawah (blog tuan rumah dan blog2 penaja) di dalam bloglist anda:


2. buat entry khas utk CONTEST "SICOMEL BERGAYA"

3. tepekkan skali banner di atas di entry dan juga sidebar blog

4. tepekkan juga gambar (1 keping ) sicomel bergaya anda (aksi bergaya) :-gambar asal yg x beredit ya

5. nyatakan nama dan tarikh lahir anak

6. tinggalkan link anda di entry ini sahaja

tarikh tutup penyertaan :
31 JANUARI 2011


ada 2 pemenang yang akan diumumkan nanti:

**pemenang akan diumumkan dlm masa seminggu selepas tarikh tutup penyertaan**

sekian.

kesian haikal


merajuk pesen baru....

sejak2 nak dapat adik ni makin manja dan kuat rajuknya

jenuh tau nak pujuk..jenis pujuk pokai duit ni yang payah nih

nak pujuk kena beli menan la..hukhuk

arap2 sekejap aje la kan...kalo tak memang botak le jawabnya

dah larik tajuk asal pulak dah!keke

kesian tau...sebab? memang kesian la...

sekarang asyik membeli barang baby aje..

haikal punya dah lama tak bertukar ganti

kalo dulu sebulan sekali mesti ada shopping baju bajan utk haikal...

sgt kesian di situ..hukhukhuk

tunggu abis beli brg2 penting baby la kan..baru leh budget haikal punya 

kang x pasal2 baby tak berbaju keluar nanti..kekeke..

iyolaaa tuuuuuu!!



arini last tau



pada sesiapa yang nak join contest si comel bergaya masih sempat lagi tau..

tapi pastikan sebelum pukul 12mlm la kan..

dan pastikan juga anda penuhi syarat2 yang ditetapkan..

baca btol2 ya..sebab ummi takut nanti x sempat nak baiki plak ..kang terlajak masa..dah tak dikira ye...huhu

terima kasih semua =)


Sunday, 30 January 2011

cerita check-up


last sunday, aku p check up kat klinik gomen

dah masuk 5 bulan setengah..sekejapan je pulak rasanya...hehe

bila timbang berat..wowowo!!

nurse ckp terlebih naik pulak..

patutnya 0.5kg je naik..ni naik 3kg ok!

last month berat aku 51.5kg..tup tup bulan ni 54.5kg

lorrrr....terlebih la pulak..

so, nurse pesan kurangkan makanan karbohidrat..hukhuk

"mane leh cik misi!! sy tengah lalu makan ni...tgk itu nak makan, tgk ini pun nak makan"

pastu kena bebel segala bagai la kan...

kena makan itu, makan ini, x leh makan itu ini...ok, tadah telinga je la kan..

lps sesi timbang menimbang kena p lab pulak..HB test

lorrrr....sgt2 turun lah pulak..camane nih??

dulu 11.5 , skang ni 9 lebih je..x pasal2 buku pink tu kena tepek sticker ijau!!

maknanya ibu2 yang berisiko la tu! huk aloh!!

kena p jumpe doctor pulak..adeh la..bab jumpe doctor ni mmg aku tak suka sgt2

bkn tak suka kat doctor tu..tapi tak suka tunggu turn..mmg sgt2 lambat ok!

bila dah jumpa doctor, kena tadah telinga lagi..bykkan makan makanan yang berzat besi

ok2...paham2...

itu je..tapi makan masa separuh hari...lagi syok g check up kat private..kejap je..

tapi disebabkan dah 2 kali klinik gomen call suh p check up ngan diorang bulan ni, maka terpaksalah jugak p..

kalo tak, aku senang p klinik kat depan rumah ni je..





Saturday, 29 January 2011

ATTENTION!! =)


bagi mommies yang join contest ummi pastikan cukup syarat2 yang di tetapkan ye

ummi dah terjah hampir semua blog2 yang join contest ummi

dan ummi tinggalkan jejak kat kotak komen anda

mana2 yang x cukup syarat2nya tu sila perbaiki ye sementara masih ada masa

lagi 3 hari termasuk arini contest akan tamat


tq semua!!

lebiu!!


PDRM Sahkan Penyebaran Kes Culik Melalui SMS Dan Internet Palsu

Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkata dakwaan berlakunya satu kes penculikan kanak-kanak di Puchong dekat sini yang disebarkan melalui internet dan khidmat pesanan ringkas (SMS) hari ini adalah palsu.

"PDRM menasihatkan anda semua untuk tidak terus menyebarkan spekulasi dan insiden yang diwar-warkan. Terima kasih," kata PDRM dalam laman sosialnya.

Media cetak dan elektronik dan orang awam di sekitar pusat bandar raya Jumaat pagi gempar dengan dakwaan berlakunya penculikan itu.

SMS yang diedarkan berbunyi, "PERHATIAN: Sila sebarkan sekiranya nmpak (nampak) MYVi Putih No.Plat: WUS948 yang dipercayai dipandu oleh seorang lelaki berambut panjang atau wanita bertudung sila hubungi En. Rashid 0196267828.

"Suspek telah melarikan seorang bayi berusia setahun yang ada di dalam kereta ketika pemilik kereta menghantar anak ke nursery (nurseri) baru sebentar tadi di area (kawasan) Puchong. Keprihatinan anda amat dihargai ni (ini) berita benar." Sila sebarkan.

- BERNAMA

Friday, 28 January 2011

kakiku dah mula cramp


sakitttttt..waaaaawawaaaa!!!!

rasa fobia nak tido skang ni...

takut tgh syok2 tido, tetiba kaki, betis n paha ni cramp..

dah 3 hari berturut-turut tau..hukhuk

sakit yang amat la...kesian la kan ibu2 mengandung ni..mcm2 dugaan btol

meh baca sikit info..aku google jek 

It is not known exactly why muscle cramps develop, however, muscle cramping is often caused by an imbalance in the body's levels of electrolytes. Electrolytes are minerals such as sodium, potassium, chloride, calcium, phosphate and magnesium found and carried in the blood and help regulate cellular function. These electrolytes can be out of balance due to illness or exercise. 

A deficiency of vitamin E also may be involved. Another common cause is unaccustomed physical overexertion, overuse, or strain. 

Other causes of muscle cramping include:
  • Insufficient stretching before exercise.
  • Sitting, standing, or lying for a long period of time in one position.
  • Anemia.
  • The use of tobacco products.
  • Inactivity.
  • Fibromyalgia.
  • Hormone imbalances.
  • Allergies.
  • Arthritis.
  • Arteriosclerosis.
  • Dehydration.
  • Heat stroke.
  • Hypothyroidism.
  • Varicose veins.
  • More rarely, the early stages of amyotrophic lateral sclerosis (ALS, or Lou Gehrig's disease).
  • Some medications can cause muscle cramping as a side effect. The use of diuretic drugs for high blood pressure or heart disorders may lead to electrolyte imbalances, causing muscle cramp's.
  • Poor circulation also contributes to leg cramps.

SIX BASIC CAUSES OF CRAMPING: 

There are six basic causes of cramping:
  • Hyperflexion.
  • Inadequate oxygenation.
  • Exposure to large changes in temperature.
  • Dehydration.
  • Low blood salt.
  • Low blood calcium.

Muscle cramps may also be a symptom and/or complication of pregnancy, kidney disease, thyroid disease, hypokalemia or hypocalcemia (as conditions), restless legs syndrome, varicose veins, and multiple sclerosis. 

PREVENTION 

PREGNANCY 

Supplemental calcium and magnesium have each been shown to help prevent cramps associated with pregnancy. An adequate intake of both of these minerals during pregnancy is important for this and other reasons, but supervision by a midwife or qualified health professional is essential. 


Thursday, 27 January 2011

set bersalin mana satu yang best???

ibu-ibu sekalian..

set bersalin yang manakah yang korang rasa best @ ok sgt2

dulu lepas bersalinkan haikal, aku pakai yang mak bidan punya merangkap mak kepada doktor di daerah kelahiranku (dia buat sendiri) 

so, kali ni teringin pulak nak try yang lain..kot2 lagi best

memang banyak sgt2 kan set bersalin kat pasaran sekarang?

tak tau nak pilih yg mana satu...ni bawah2 ni semua antara yang aku saja2 upload 




nona roguy ok tak??





salindah


mak dara


yang penting semuanya ratus2 bah...

korek2 bijih lagi n peram..kot2 bleh jadi emas nanti..kehkeh





Wednesday, 26 January 2011

hadiah contest "sicomel bergaya"


nak tahu hadiahnya??

ok, mula2 sekali daripada penaja pertama Comel Bergaya

hadiah merupakan sehelai/sepasang baju/pakaian/apa2 produk Comel Bergaya utk para pemenang

baju2 akan dipilih oleh pihak penaja berdasarkan umur pemenang ye

so, x dapekla ummi nak tayang gambarnya selagi kita tak tahu lagi sape pemenangnya k..

tunggu dah keluar result nanti, ummi akan tayang ye

insyaallah

bagi penaja Sweet Wannur Shoppe pula..

ummi akan update nanti...

hadiah dah ada..

ke nak announce sekali ngan hadiah daripada Comel Bergaya ye? kekeke

barula surprise!!!!

tapi bukan hadiah free postage k..(opssss!!!!)

ni semua free (barang + postage sekali)

jgn marah aaaaa...




Tuesday, 25 January 2011

nursing cover


cantik tak??

 sudah beli ini dari sini  http://butikceera.blogspot.com/

sangat suka ok!

walau baby belum lagi keluar, tapi beli siap2..

nanti tak payah pk byk lepas bersalin..semua dah ada




boleh pakai mcm2 style tau

tu yg aku suka


byk lagi warnanya..leh terjah ke sana k...

tapi aku pilih ni...gojes grey

kehkehkeh

Monday, 24 January 2011

UPDATE CONTEST "SICOMEL BERGAYA" MINGGU KE 3





ni update untuk minggu ke-3

update sehingga jam 9.25mlm (ahad-23/01/11)

mana2 yang tidak penuhi syarat leh check balik ye..

kebanyakannya x letak 3 blog dlm bloglist

terima kasih 


Sunday, 23 January 2011

tak de mood nak p keje


since kat tempat keje ku itu ada karenah yg pelbagai..

aku dah rasa mmg meluat dan langsung tak de mood disitu

mentang2 ko ada kuasa lebih cket je pun, ko bodoh2kan kitorang yang jujur lagi amanah ini..

suka ati ko je nak balik kul bape, tapi kami ni ko paksa ikut peraturan..ko makan gaji buta ke ape weyhhhh??? (salah satu sebab beb)

dan yang paling menyampah adalah bila ko berkata:

"rekod sy masih bersih, dan kita kena pegang elok2 apa yg telah diamanahkan pada kita"

wakkkkk luuuuuuu!!!!!





Saturday, 22 January 2011

MARI MEMASAK


oleh kerana x tau nak hapdet ape hari ni..makanya tetiba terajin terlebih pulak nak main masak-masak2 ni

payah woo kalo nak tunggu aku n snap satu2 gambar masak memasak ni...

selalunya pung pang kung kang siappppp!!!!

ni pun lebih kurang pung pang pung pang jugak ler, cuma agak sopan cket sebab nak tangkap gambor..uhuk..uhuk

x dela masak yg glamour rama bagai tuh..sekadar utk mengalas perut bg org yang mmg x berapa nak rajin memasak cam aku ni 

tp sodapppp beb..

nama resepi: bilis cili padi garing sedap x hengatt la sgttt

bawang putih 3-4 ulas (hiris n cincang)
cili padi 4-5 biji (potong kecik2)

then...dua2 ni taruk tepi dulu beb....

sebab nak kena goreng bilis dulu...cam biasala, panaskan minyak, pastu goreng je sampai garing

jangan rentung udah ler

dah garing krup krapp...leh angkat (tos) n taruk tepi lagi 

sebab??


nak kena goreng bahan2 yg pertama tadi..

ambik 2 sudu minyak gorengan bilis tadi tu utk goreng bawang putih n cili padi

pastikan tingkap rumah/dapur buka luas2 ye...time ni la hidung tu rasa pedih2 nak bersin segala

time ni jugak kalo nak taruk cket garam ke gula ke..boleh la...tapi akak x letak sgt...sebab bilis tu dah masin kan

taruk pulak sikit cili boh..gaul rata


ambil bilis yg diketepikan tadi tu n masukkan dlm kuali balik...gaul2 rata lagi

nak renjis2 kicap sikit pun boleh jugak...sikit je la tau!


lebih kurang cam ni la ropanya...bilis tetap garing tau

oohh..sgt sedap bila dimakan bersama-sama nasi putih yg tengah berasap tu..

aku kalo makan ni 3-4 pinggan pun boleh jalan lagi...kekeke

sedar2 seperiuk nasi abis...

sekian resipi yang btol2 ala kadar ...rasanya ramai yang reti buat ni, tapi x pelah...sudah ku katakan di awal-awalan tadi...mau hapdet ini blog tapi tak tau nak hapdet ape...

nah..ni lah dia...ter update sudah...

ngeh ngeh ngeh...




Friday, 21 January 2011

fanatik maher zain

sape lagi kalo bukan haikal...

memang dia minat giler2 ngan lagu2 maher zain

kecik2 dah pandai...siap menghafal lagi..

kalo naik kereta x pasang lagu maher zain ni memang tak sah..mengamuk sakan la jawabnya..

bile dah pasang menyanyi tak hengatt!!

kalah maher zain..bingit telinga kami tau..hukhuk

naseb baik dia suka lagu2 mcm gini...ada pekdahnya jugak..

kalo minat lagu2 yg ntah pape tu..memang kena luku je la nanti 


maher zain uittt, anak aku minat benor le sama kamu nih...lagu sodap, sora sodap..muka pun leh tahan sodap mata memandang..kekeke..(x psl2 aku yg kena luku nanti)


ni la budak bucuk itew..

pakai bedak atas kepala..nak abis sebotol..

anak sape la ni??kekekeke

Thursday, 20 January 2011

saya sudah tau kenapa

kenapa ape?

ala kisah haikal aritu...agak lapuk sikit disini ye..dah lebih seminggu baru nak jaja kat sini 

kenapa haikal mcm tak hepi dan asyik nangis je bila nak pegi dan balik dari sekolah..

kenape???? hehehe

sebabnya dia tak suka dengan budak satu kelas dengan dia tu..

kenape?? lagik!!

sebabnya dia cakap budak tu suka tampar2 pipi dia..sadis ok! anakku tersangatlah manja2 ubi keledek..

dan lagi satu yang aku rasa mcm nak tampar pipi sendiri bila dengar alasan haikal adalah:...

" budak tu gemuk, besarrrr (sambil mucung2 mulut)..dia ada jugak lagu maher zain!!...waaaa...(nanges)"

huk aloh!! anak aku nih...pasal lagu maher zain boleh masuk sekali ke?


lihatlah perbezaan ketara antara haikal dan kawannya..

bukan budak kat atas tau yang buat haikal...tu aku pun tak tau anak sape..kekeke...

ala kes budak2..biasalah kan...kita dulu pun macam ni jugak

kita ke???? ke aku jeww???kehkeh


nangis jugak bila berebut-rebut nak ambik n pakai selipar masa lepas kelas



okeh..sudah senyum setelah dipaksa...

penyelesaiannya adalah:

minta cikgu tukarkan ke kelas lain walau dapat kelas last sekali asal anakku itew hepi nak p skolah n belajar

utk 4 tahun sahaja ada 3 kelas ok..blom campur 5 ngan 6 tahun lagi..pengsan! mcm2 karenah budak cikgu2 nak kena handle..

aritu haikal duk kelas khadijah (first class)..sekarang duk kelas zainab (3rd class)...

dan aku x kisah mana2 kelas pun dia duduk dan belajar...asalkan dia hepi time belajar dan x nangis2 mcm aritu lagi..runsing jiwa raga bila anak tak hepi nak belajar tau..huhuhu (mak aku dulu mcm ni jugak ke??)hehehe

sekarang sudah settle dan haikal pun sudah manyak2 hepi woooo...

jiwa raga aku pun sudah lega dan berak pun boleh jadi makin lawas...

Wednesday, 19 January 2011

@ rumah nenek haikal


ini memang wajib...walau sudah nak masuk 4 tahun, masih lagi menyusu botol

dan..paling penting nyawa itewww...

bantal bucuk rose merah....

walau teruna sejati, bantal bucuk itu lah yang diusung tanpa ada kemaluan lagi...

ada unsur-unsur romantika di situ ye tuan puan..

kalo tak dak bantal itu atau tertinggal kat umah kami..memang payah nak tido..

dah la berbunga rose merah..besar gabak lagik pulak tu

dah lari dah dari topik asal..@ rumah nenek..muahahaha

okeh2..gambar-gambar kali ni mmg masa duk kat rumah nenek si haikal..tu je..huhu


sepupu haikal...yang baju ijau tu asyraf namanya, sama umur ngan haikal..tapi apsal dia cam besar n tinggi je?

haikal pulak cinonet je..kekeke




yang baju kuning tu adiknya..muda setahun dari asyraf dan haikal..

tengok..adiknya pun lagi besar dari haikal..iskk..iskkk..iskkk

Tuesday, 18 January 2011

hobi anak beranak

ni memang hobi kami anak beranak

lepak melepak di pantai..

nasib baik lah rumah dekat jugak dengan pantai..

kat sini kalo hujung minggu (jumaat & sabtu) memang meriah..

nak tengok kapal terbang naik or turun memang boleh sangatla..

haikal sangat suka bila dapat naik kuda

sgt berani ini budak duk sorang2 x de org pegang kat atas tu..

ummi pernah naik, tapi takut..rasa gayat nak jatuh je..hukhuk


tapi bukan dia sorang2 je...ada la tukang tariknya..mcm dlm gambar atas ni..main pusing-pusing..

ok la kan...hehehe..RM3 shj utk 3 kali pusing



lepas tu kami lepak2 dekat bongkah batu besar ni pulak



lepak2 sampai hampir masuk waktu maghrib..

lepas tu choww balik rumah


Monday, 17 January 2011

UPDATE CONTEST "SICOMEL BERGAYA" MINGGU KE 2

Ok..ini update utk minggu ke-2 ye..(sehingga jam 10.45mlm -ahad ( 16/1/11) )

minggu pertama dulu ummi dah update kan..

nanti setiap minggu ummi akan update, sehinggalah minggu ke-4(last)

lepas tu , baru ummi bagi kat juri2 utk adili semua ni ye..

ummi akan umum selepas seminggu tarikh tutup k

hadiahnya ummi akan update nanti..ummi belum sempat snap n edit gambarnya lagi...hukhuk

KATEGORI BOY (2ND WEEK)





KATEGORI GIRL (2ND WEEK)






sape2 nak join, masih sempat lagi ye....=)

tqvm



Saturday, 15 January 2011

nape time ni je?


entahla nape time hujung2 minggu mcm ni semangat nak update blog membuak2..

kalo ari2 biasa malas kemain..

huhuhuhu


Friday, 14 January 2011

syoknyeeee!!


wahh..haha

jangan korang fikir lain pulak ye

nak citer yang 2,3 hari lepas balik kampung

pegi mengurut ngan mak bidan kampung , tukang urut jugak la dia tu

sebabnya 2 hari seblom balik kampung paha, betis dan kaki sgt2 sakit, lenguh2 dan kejang

ni semua akibat naik tangga bangunan 4 tingkat skolah..huhuhu..menangis akak.

pastu lagi baby kat dalam perut ni mcm terkebawah cket..seksa nak jalan..

rasa mcm terkangkang-kangkang je..

masa tengah mngurut tu punyalah hazab..huhuhu

2jam lebih mengurut, mmg puas ati..

lepas tu legaaaa......legaaaaaaa...dan legaaaaaaaa lagi

hehehe

seb baik dah nak masuk 5bulan, lehla mengurut cket2 kan..

kalo masih dalam trimester pertama kena mcm ni, mmg perit nak nunggu 4 bulan ke atas

bahaya wooo time tu..kena jaga btol2..

skang nak tido pun dah syok..boleh pusing kiri kanan tanpa sakit2 kat bahagian ari-ari tu..

nanti kalo sakit boleh urut lagi..tp minta2 dah x sakit mcm aritu...huhukkkk




ANNOUNCEMENT

salam jumaat semua

tq pada sesiapa yang sudi join contest ummi..kebanyakannya ummi dah terjah n tinggalkan komen

ada yang tanya nape gambar anak2 x diupdate kan?

ok, yang ummi update isnin lepas tu adalah penyertaan setakat jam 8.50mlm (9/1/11)-ahad lepas ye..

so, kengkawan yang join selepas waktu tersebut ummi akan update pada ahad mlm (16/1/11) dan akan dipublishkan kat blog ni ari isnin (17/1/11) pagi ye..

nanti ibu2 semua boleh check tgk..hehe

tqvm =)

Monday, 10 January 2011

UPDATE CONTEST "SICOMEL BERGAYA"

ok ibu2 bapak2 semua...

ni update setakat jam 8.50mlm (ahad) ye..

seramai 38 org semuanya setakat ni...

mari2 jamu mata dulu..ke ada yang x tersenarai kat sini?

kalo ada pls bgtau ummi ye..nanti ummi check balik

kategori girl







kategori boy





girl lagi ramai dari boy setakat ni 

ok..pada sape2 yang nak join masih sempat lagi ya..masih banyak lagi masa 

** ummi akan update hadiahnya nanti ya..maybe next week k**

nak p tgk juara lagu sat...agak2 nya sape sang jora nya kan..keke

daaaaa






JOM KLIK SINI...mmuuaahh!!!